9.29.2011

Jalan : SeDeTIk...

Jalan-jalan tadi pegi solat jumaat dengan Azuan (Housemate)

Hari ini khutbah jumaat tajuknya berkisarkan tentang "Guru".

Memang terus kena pada E sebab E bakal guru dan bukan sedikit sebanyak, tapi sebanyak-banyaknya. E terfikir, adakah E dapat galas tanggungjawab sebagai seorang guru yang berkaliber dan berdedikasi kelak. Itu ayat yang profesional kita gunakan.

Kalau dari sudut pandangan agama, adakah E mampu menggalas tanggungjawab membina ummah dan masyarakat dengan membimbing mereka ke jalan yang benar. Seorang mualim dan murabi, seorang tuan guru.

Masih terlalu jauh dan banyak yang perlu E belajar sebelum :
  • Mendidik manusia menjadi insan.
  • Mendidik yang comot menjadi bersih.
  • Mendidik yang hina menjadi mulia.
  • Mendidik yang lemah menjadi bersemangat.
  • Mendidik yang malas menjadi rajin.
Semuanya menjadi tanggungjawab E pada masa kelak. InsyaAllah. 


1 comment:

Itsmeteajay said...

nice blog..

just blog walking here... smile

http://teajayjunior.blogspot.com

Blogger news

Blogroll