2.27.2011

Jalan : AkU InGiN bErTaNyA...

Jalan - jalan aku tengah bingung nih...

Persoalan yang berlaku ialah aku nak tanya tentang satu situasi.

Macam ni, kalau korang ada teman wanita atau teman lelaki

Mesti korang sayang dia kan ?

Tapi dalam masa yang sama dia ada adik angkat la, abang angkat lar, sampai ada yang terangkat.

Ketika aku ke Radio Malaysia Kelantan@ Kelantan.fm. Dj Farid bertanyakan kepada aku.

"Apa pendapat awak, sekarang ni ada satu situasi, lelaki @ perempuan ni ada buah ati tapi dalam masa yang sama ada teman tapi mesra, peliknya mereka boleh telanjur dengan teman tapi mesra mereka."

Minggu lepas aku ada baca akhbar Metro berkenaan ruangan tanya kemuskilan.

Ada seorang mamat ni bertanya pada siapa dia harus bertanggungjawab, pada tunang dia atau pada teman tapi mesra yang sedang mengandungkan anak dia. Motivator balas, dia kena bertangungjawab pada teman tapi mesra dia. Pelik kan ? Bukan dengan kekasih atau tunang dia tapi dengan teman berbual atau kawan baik sendiri mereka buat perkara tu.

Tapi serius lar...

Memang kalau tak kawal semua tu, dari teman berbual boleh terjadi teman tidur nauzubillah..



Jalan-jalan ingat -ingat lah Yang di.Atas sedang memerhatikan kita...

2.25.2011

Jalan : PeRsIS...

 Jalan -Jalan Persatuan Siswa Sains (PERSIS)

Minggu ini persatuan yang kami tubuhkan adakan satu pertandingan Badminton tertutup antara ahli dan kalangan pernsyarah.

Ada beberapa gambar yang aku dapat kongsi dan jadikan tatapan untuk follower dan pembaca blog Jalan-Jalan Hidupku.
Agak penat, namun yang pentingnya kami semua enjoy. 
Tn. Hj Adnan (Pensyarah Penasihat PERSIS)
Rugi kat ahli yang tak datang....

Tn. Hj Adnan kata, kalau yang tak datang tanya.

"Lagu mana sep kito ari tu ?"

Dia suruh jawab 

"Tak da lagu lah, lagu P.Ramlee ada lah"



PISMP SEM 3 SAINS/PJ/PSK 






























Apa-apa hal pon...mari kita reramai berpesatuan...

Jalan-jalan mencari, mana yea orang lain ?

Jalan : InNa LiLLah...

Jalan - jalan teringat akan peristiwa hari ini...

Surah Al-Baqarah ayat 56


(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)

Jalan hari ini pergi satu pasar borong kat tempat aku tinggal nih. Selalunya memang ok jer kalu letak helmet kat dalam bakul moto. Tapi nak dijadikan cerita bila aku masuk kejap keluar balik lesap helmet aku.
 Memang menyirap lar ak ari nih. Hangin satu badan. Tapi nak kata salah, salah aku tak lock helmet aku jugak. Tapi aku pedulik apa, yang dia suka-suka curi helmet aku pehal lagi bersalah pada orang yang curik kan2.
Otromen punya pencurik !!!
Lepas tu aku mula lar balik rumah sewa aku dengan tak pakai helmet. Kalau ada JPJ atau Polis Trafik, kompom-kompom aku kena cekup ngan saman. Sekali lagi  Otromen punya pencurik.

Kan bagus kalau time dia nak amik, aku ada depan mata. Memang kaw-kaw aku tibai budak tuh. Tapi apa yang berlaku ni ada pengajarannya.

1. Jangan letak helmet dalam bakul moto tanpa lock kat tmpat duduk.

2. Kalau jumpa pencurik tu time curik, agak-agak boleh lawan, lawan jer. Pedulik apa, sapa suruh jadi pencurik. Atuk dia pon tak suruh jadi pencurik. Kalau takot sangat, jerit kuat -kuat 
"Pencurik, pencurik". 
Nasihat aku, jangan kesian kat pencurik, kalau ko kesian ko berlaku zalim pada diri kau. Tak caya ? Tanyalah ustaz...

Untuk ayat kat atas, bila mana kita sebagai Hamba Allah ditimpa musibah ucapkanlah "Inna Lillah". Ia boleh diguna untuk mengucapkan dan menandakan bahawa kita telah di timpa musibah.

Jangan ingat ayat ni untuk orang meninggal dunia aje, ia untuk musibah yang menimpa kita. Kalau tak caya bukak tv hari ni TV 3 rancangan Al-Kulliah ada bincang pasal hal ni.


Last sekali, kalau korang nak kata setakat helmet aku kecoh, memang lar. Helmet tu aku beli pakai duit bukan pakai air beb..Dan yang paling penting aku tak mintak duit orang. 

Jalan-jalan jangan terlibat dengan gejala mencurik helmet, naya orang jer, hidup tak aman....
Kompom!!!
 

Blogger news

Blogroll