2.05.2011

Jalan : PeNuLiSaN iLmIaH...

Jalan-jalan sambil memerhati dan merenung kerja yang sedang aku kerjakan.

Kali ini aku nak berbicara berkenaan penulisan ilmiah yang sangat-sangat dituntut dalam sesuatu tugasan. Bagaimana kita nak melakukannya ? Cara dan tekniknya ?

Di sini aku nak menunjukkan cara penulisan ilmiah itu seharusnya berlaku. Ini bukan satu cara yang terbaik, tetapi bentuknya adalah seperti ini.

Di sini aku tampilkan hasil kerja aku yang menggunakan aplikasi penulisan ilmiah. Sebagai contoh dan bagi aku ia bukanlah yang terbaik, sekadar rujukan.

1.0 Iklim Sekolah
            Iklim sekolah didefinisikan sebagai satu keadaan dimana suasana sekolah yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sekolah yang mempunyai iklim yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Selain itu, iklim sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.

Manakala, Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Di samping itu, sekolah juga dapat mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan menyumbang bentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

Tulisan yang berwarna itu merupakan rujukan bagi kita menguatkan frasa dan fakta yang kita hujahkan. Jika tiada, maka ia akan diragui kesahihannya. Mengapa ia perlu ada? Ini kerana kita berhujah berdasarkan kajian dan pendapat pakar yang telah dahulu menyatakan sebelum kita. Pendek kata, kena ada penyokong bagi mendirikan hujah-hujah yang kita tampilkan. Kekuatan hujah bergantung kepada rujukan yang kita perolehi. Jangan pula gunakan hujag yang kita boleh ragui kesahihannya.

Contohnya :

Saya melihat kebejatan moral dalam kalangan remaja itu berpunca dari faktor didikan agama yang kurang dan amat lemah penghayatannya. Ini turut disokong oleh imam kampung saya, dimana dia turut menyetujui pendapat saya. Pada pendapat saya juga ibu bapa perlu menyediakan keperluan pendidikan agama yang secukupnya untuk anak-anak.


Komen :
Ia tidak menyalahi dari segi penyataan dan fakta yang ingin kita utarakan. Namun, ia memerlukan satu hujah dan sokongan yang lebih jelas dan bukan dari pendapat peribadi kita sendiri.


Lebih baik ia diperbaiki dan dalam bentuk yang sebegini.

Saya melihat kebejatan moral dalam kalangan remaja itu berpunca dari faktor didikan agama yang kurang dan amat lemah penghayatannya. Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Merujuk kepada sabda Rasulallah ini, maka memang wajarlah pendidikan agama diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ia merangkumi ibadah solat dan juga perkara-perkara yang saling berkaitan dengan agama bagi mebentuk generasi yang tahu akan halal haram, dosa pahala dan baik buruk sesuatu perkara.

Okeh..
Setakat ni untuk kali ini, sebenarnya ia memerlukan kemahiran dan sedikit usaha untuk memperluaskan pembacaan kita. Lebih-lebih lagi bacaan ilmiah yang baik dan betul.

No comments:

Blogger news

Blogroll