2.23.2011

Jalan : ErTi BaHaGia...

Jalan - jalan melihat hari lalu yang penuh dengan peristiwa...

Apa yang anda akan jawab dan nyatakan sekiranya ada orang yang bertanya kepada anda

"Apa erti bahagia ? "

Jawapan yang bagaimana kita nak jawab ?

Bagi aku ia sesuatu yang subjektif dan ia memerlukan satu pemikaran yang benar-benar jelas akan situasi yang berlaku.

Ada orang yang anggap bahagia ni macam pasangan bercinta, baru kahwin atau senang kata hidup berpasangan. Hari-hari kalau boleh nak jumpa, tenung mata dan jalan sama-sama. Itu buat mereka rasa bahagia. Ada tu jugak kalau dapat tengok bumbung rumah atau bumbung hostel pon jadilah (ni kes berat dan perlu merujuk pakar ) walaupun tak jumpa buah hatinya. Itulah anggapan bahagia bagi mereka.

Kalau bekeluarga pulak, dapat cahaya mata (eye light hahahha gurau jer) pulak tanda mereka bahagia. Biasala, untuk dapatkan cahaya mata tu perlukan usaha dan komitmen yang bersepadu serta jitu kalau tak tak dapat. Ada jugak yang tinggi produktivitinya juga menggangap itu bahagia buat mereka.

"Wah Polan, ramai anak kau"
"Biasalah ini hasil usaha aku ngan isteri aku bersama"

Melihat anak -anak membesar dan dapat berikan keperluan yang sewajarnya juga adalah satu perkara bahagia buat ayah dan ibu.Apatah lagi bila anak mereka bijak dan bagus dalam pelajaran.  Begitu juga kita yang selayaknya nanti.

Kalau remaja dan budak-budak sekolah, bahagia mereka ada macam-macam, keluar dengan kawan-kawan, dapat result periksa gemak-gempak sudah begitu bahagia. Dulu aku pon macam tu jugak, kalau diikutkan nak aje tengok balik muka dapat result PMR ngan SPM dulu. Tapi hakikatnya umur ni macam ni, ia akan naik dan tak akan turun.

Lain pulak pada orang yang sukar kerjanya dan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kita kadangkala tak sedar kalau RM10 itu sangat sedikit dan kecil nilainya bagi kita. Namun, masih ada orang diluar sana yang anggap bila ada RM10 tu dah cukup bertuah. Ada yang sehari bekerja dibayar sedikit namun mereka puas akan tugas yang mereka berikan. Sekaran dengar-dengar harga getah naik...


Jika perkara yang sama diujarkan oleh sesiapa kepada anda ? Apakah jawapan anda ?

Jalan-jalan terfikir dan berfikir. Emmm bahagiakah kita suatu hari nanti ???

No comments:

Blogger news

Blogroll