2.10.2011

Jalan : KReAtiF ?

Jalan-jalan teringat akan High School Batu Pahat (Since 1919)..


Apa yang istimewanya sekolah ini ? Ini sekolah lama aku..Mulanya jalan yang aku rasakan berliku-liku itu sedang mula mencorakknya.

Aku mula mendaftar secara rasmi sebagai warga High School Batu Pahat pada 3 Januari 2003. Hari itu ibu dengan bapakku menghantar aku kesana sebagai seorang anak yang sedang menginjak usia remaja iaitu 13 tahun. Seorang anak kampung yang biasa, cukup biasa dan sememangnya aku juga rasakan sebegitu.

Tempat pertama yang aku masuki ialah Dewan Besar High School Batu Pahat.
Jika anda perhatikan pada mural yang terlukis pada dinding atas dewan ini, ia merupakan satu pergerakan masa yang pernah dilalui oleh sekolah ini. Bermula dengan penjajahan British dan seterusnya , penjajahan Jepun, kebangkitan UMNO dan Majalah sekolah yang bernama "Pilot". Sehinggalah ia dibina iaitu ketika Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di kuatkuasakan.

Lambang sekolah mengalami pelbagai perubahan warna, pada ketika ini ia masih dikekalkan warna hijau dan kuning. Ini adalah identiti kami sebagai sekolah yang paling tua di Batu Pahat. Bangunan pentadbiran dibina pada tahun 1919. Jika berkesempatan aku ingin ke sana pada tahun 2019, ia menandakan 100 tahun High School. Sebagai sebuah institusi yang mencurahkan pelbagai ilmu dan wadah pelajar -pelajar yang bercita-cita tinggi. Tidak kira anda anak peniaga, petani, pegawai kerajaan atau menteri, dengan nilai ilmu ia tidak memandang semua itu.

Kedengaran sebagai satu sekolah yang gah dimata masyarakat. Ia sememangnya tidak dinafikan, dan pada hakikatnya ia adalah sekolah lelaki. Ya LELAKI sahaja.Boys Only !!!.

Nunc Aut Nunquam. Ini bahasa Latin dan Greek yang bermaksud Kini Atau Kecewa @Now Or Never.

Ini merupakan tembok sekolah kami, tembok ini melambangkan keteguhan kami sebagai warganya yang mempertahankan Alma Mater kami. Ia mengelilingi kawasan sekolah kami dan ia kelihatan sepertu sebuah kubu pertahanan yang begitu kukuh. Kukuh mempertahankan dan memperjuangkan budaya ilmu yang sememangnya menjadi nadi sekolah ini. Tanpa ilmu maka sekolah ini seakan sekujur tubuh yang tiada nadinya.

Kreatif?

Ini yang aku nak ceritakan, jika mengimbau kembali pada tahun 2004, waktu itu aku baru form 2. Ia mengingatkan aku pada sebuah kelas. Kalau ak silap kelas 4 Sains 1. Kelas itu merupakan kelas pertama yang ada di tingkatan 4. Apa yang menariknya kelas ni ?

Guru kelas ini telah mengarahkan pelajar-pelajarnya menghias meja masing-masing dengan apa -apa perkara yang mereka sukakan. Jadi mereka pon mula menghias meja mereka dengan pelbagai bentuk hiasan .Jika dia minat main skateboard, mejanya hanya ada berita dan artikel serta gambar berkenaan skateboard. Ada yang meminati kimia atau fizik. maka akan ada nota ringkas dan catatan bagi perkara yang berkaitan. Kreatifnnya terletak daripada murid yang cuba menampilkan apa yang sejiwa dengannya..Hmmm..kan best kalau dapat buat semua tu dalam masa sekarang....


1 comment:

DeLiT said...

kte masuk asrama 6 jan la. aku igt g 5 jan smpai skunk..kali terakhir aku nangis sbb pindah skolah. ekekeke

Blogger news

Blogroll