Jalan - jalan teringat akan peristiwa hari ini...
Surah Al-Baqarah ayat 56
Surah Al-Baqarah ayat 56
(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)
Jalan hari ini pergi satu pasar borong kat tempat aku tinggal nih. Selalunya memang ok jer kalu letak helmet kat dalam bakul moto. Tapi nak dijadikan cerita bila aku masuk kejap keluar balik lesap helmet aku.
Memang menyirap lar ak ari nih. Hangin satu badan. Tapi nak kata salah, salah aku tak lock helmet aku jugak. Tapi aku pedulik apa, yang dia suka-suka curi helmet aku pehal lagi bersalah pada orang yang curik kan2.
Lepas tu aku mula lar balik rumah sewa aku dengan tak pakai helmet. Kalau ada JPJ atau Polis Trafik, kompom-kompom aku kena cekup ngan saman. Sekali lagi Otromen punya pencurik.
Kan bagus kalau time dia nak amik, aku ada depan mata. Memang kaw-kaw aku tibai budak tuh. Tapi apa yang berlaku ni ada pengajarannya.
1. Jangan letak helmet dalam bakul moto tanpa lock kat tmpat duduk.
2. Kalau jumpa pencurik tu time curik, agak-agak boleh lawan, lawan jer. Pedulik apa, sapa suruh jadi pencurik. Atuk dia pon tak suruh jadi pencurik. Kalau takot sangat, jerit kuat -kuat
"Pencurik, pencurik".
Nasihat aku, jangan kesian kat pencurik, kalau ko kesian ko berlaku zalim pada diri kau. Tak caya ? Tanyalah ustaz...
Untuk ayat kat atas, bila mana kita sebagai Hamba Allah ditimpa musibah ucapkanlah "Inna Lillah". Ia boleh diguna untuk mengucapkan dan menandakan bahawa kita telah di timpa musibah.
Jangan ingat ayat ni untuk orang meninggal dunia aje, ia untuk musibah yang menimpa kita. Kalau tak caya bukak tv hari ni TV 3 rancangan Al-Kulliah ada bincang pasal hal ni.
Last sekali, kalau korang nak kata setakat helmet aku kecoh, memang lar. Helmet tu aku beli pakai duit bukan pakai air beb..Dan yang paling penting aku tak mintak duit orang.
Jalan-jalan jangan terlibat dengan gejala mencurik helmet, naya orang jer, hidup tak aman....
Kompom!!!
No comments:
Post a Comment