2.04.2011

Jalan : MeNaNTi HaRi iTu..

Jalan-jalan rasa cam nak tulis lah..lama tak menulis - nulis.

Sesekali aku terfikir, yea lah bukan angan yang besar-besar, setakat yang kecil -kecil dan cumel. Apa-apa pun mulanya aku balik cuti ini membuatkan aku terfikir tentang banyak perkara.
Antaranya...

1.Sebelum balik cuti ni, aku dapat tau senior-senior aku banyak posting Sarawak dan Sabah. Jadi terlintas di dalam fikiran aku, adakah aku juga akan bakal menyusul kelak. Balik rumah aku ajukan soalan yang sama pada makku, mak aku pulak bertanya,
"Da kalau kena sana ngko nak pegi ke?"
Aku jawab " Da klau dah kena, tak pegi kang tak kerja, nanti nak bagi menantu mak makan apa..."

Aissh terlajak sampai ke muara pulak, orangnya pon tak ada dah sampai ke sana fikirannya. Ish2..aku nih.


2. Member aku cakap kalau kita baik dapat pasangan pon baik jugak. (Masih dalam lingkungan topik yang sama). Tapi dia kata macam ni kat aku. Dia orang Kelantan so aku tulis ayat ucapan dia dalam loghat dia la.
"Mu pie, kalu mu rasa dah tak dop dalam palo mu ore hok mu suko, Mu suruh la mak mu cari untuk mu. Nak oyaknyo, mak kito ni key, kalu kes dio saye kito, dio akan cari hok terbaik untuk anok dio, hok paling come, paling baik, paling rajin, paling dio suko"
Soo aku merujuk kepada penyataan beliau kepada makku. Mak aku jawab " Ko ingat sekarang senang nak cari bakal menantu, aku sendiri cari sendiri. Ko cari la sendiri yang ko minat"
Aku "Aduss.." sambil mengeleng-geleng kepala.

3. Memikirkan perkara yang aku selalu dok bayang - bayang. Apa dia ? Kerja. Assignment aku sedang bertimbun-timbun dan bertalu-talu sampai. Deadline pon sama jer semua. Memandangkan segalanya adalah tugasku yang memang kerjaku, jadi kenalah buat, Ni asyik sibuk ngan Fesbuk...
Aku "Wei Fesbuk, tak boleh ke ngko lari dalam idup aku ? "
Fesbuk menjawab dengan manja " Eleh..kau tu yang tak bole lari dari aku...hehehe".

4. Adik aku yang pempuan saiko aku bila aku kat umah. Bila aku skang dok sensorang, emo-emo dia bole kata
"Wei ko ni jangan nak jiwa-jiwa la depan aku, da kalau orang tu tak suka tu, buat cara tak suka"
 Aku balas sambil berkata "Bila masa aku suka kat sesapa ? "
"Eleeeeeehhhh....ko dengar lar lagu Armada - Cinta Buta, sangat sssesuaiii " cebik adikku.

5. Aku berfikir lagi, biarkan adikku dengan falsafah hidupnya. Semalam aku balik dari kampung atuk aku ke rumah. Semalam aku dalam bas yang berjenama "COASTAL"  Benut - Batu Pahat" .Gambar dia kat sebelah nih.
Semalam aku rasa cam kat Bangladesh ada, Indonesia ada, Nepal pon ada. Sebab dalam bas tu penuh dengan mika-mika nie je. Sekali tengok cam Ariel Peterpan pon ada jugak. Tapi Ariel dan kena jel 3 taun kan2. Memang agak sesak dan aku terfikir, diorang ni muda-muda, tua-tua da merantau kat negara orang. Aku ni baru merantau negeri orang tak ganas lagi la. Jadi semangat aku nak terus menguatkan jiwa untuk pulang ke tempat pengajian semakin berkobar-kobar. Hahahaha...

"On the Way to Kota Bharu" ni malam tadi kat dalam bas


6. Sedang duduk didalam rumah sewa aku sambil mendengar lagu Armada - Cinta Buta. "Housemate-housemateku, Korang cepat-cepat lah balik. Aku dok sensorang kat sini wei !!!!!


Oh Kakiku..aku perlukan kamu untuk harungi liku-liku perjalanan hidup ini.
Jalan-jalan sesekali berfikir seronok jugak ya.

No comments:

Blogger news

Blogroll