Sesekali aku berfikir tentang apa yang aku nak tulis dalam blog aku...
Bila masannya kita akan teringat kepada kesenangan ? bila kita dalam kesusahan mengenangkan wang yang hanya tinggal saki baki didalam dompet kita.
Bila kita teringat akan lapangnya waktu ? bila kita dalam kesempitan masa, macam contohnya menjawab kertas ujian semasa SPM, dan kesuntukan masa.
Kita merungut bila ada banyak kerja dan benda yang perlu kita lakukan sedangkan itu memang tugasan kita. Sedangkan kita kena ingat ramai yang diluar sana tidak sebaik nasib kita yang ada pekerjaan.
Berlantaikan bumi berbumbungkan langit |
Kita merungut bila rumah kita panas dan tak selesa sedangkan ada orang yang diluar sana hanya berlantaikan bumi berbumbungkan langit. Malam-malam mereka kesejukan dan kedinginan kerana mereka tidak mempunyai rumah. Memang kita boleh katakan mereka itu tidak mahu berusaha dan bekerja sebab itu jadi begitu.
Kita harus sedar akan hakikat yang realitinya sedang berlaku, hidup ini umpama roda, kita boleh berpuashati dengan taraf hidup kita sekarang tidak mustahil kita boleh muflis dan dibuang menjadi gelandangan jika kita alpa dan lupa.
Setiap kali kita menyuap makanan kedalam mulut kita juga sering merungut, "Tak sedap", ",Makanan mahal"dan rasanya tawar tak ada rasa. Sedar atau tidak, ada lagi orang yang memerlukan sesuap nasi dan seteguk air sahaja.
Apa yang mereka harapkan hanya sedikit untuk mengisi perut yang lapar dan sebagai keperluan dan bukan kemahuan. Itu juga masih kita tidak sedar, betapa bertuahnya kita dikurniakan rezeki yang melimpah dari Allah S.W.T. Mereka tidak minta lebih hanya untuk mengalas perut yang lapar. Hingga sewaktu mereka dapat menyuap sesuap nasi atau makanan kedalam mulut mereka, menitis air mata apabila mengenangkan nikmat merasai makanan. Adakah anda perlu meminta dan merayu seperti mereka setiap kali pergi ke kantin atau ke kafe ? Ayuh kita fikir sejenak...
Pernah sekali aku terbaca dari karangan seorang penulis yang juga pemerhati yang baik. Dia menceritakan pengalamannya sewaktu bekerja dibazar Ramadhan. Setiap petang ada sahaja pelanggan yang ditemui olehnya. Salah seorang daripadanya ialah seorang pemuda yang nampaknya warak, berkopiah, menyimpan janggut sedikit dan berpakaian ala -ala Ustaz Amirul. Setiap kali berjumpa, dia akan becerita tentang hikmah dan kebaikan bulan Ramadhan kepada penulis.
Bazar itu juga menjadi tumpuan para pengemis dan peminta sedekah yang merayau-rayau mendapatkan sedikit wang. Pemuda "warak" itu mengatakan kepada penulis akan golongan pengemis ini malas dan tidak mahu berusaha. Selesai mereka berbicara pemuda "warak" itu pun berlalu tanpa menghiraukan pengemis yang bekeliaran itu. Sedang penulis melihat seorang gadis yang tidak bertudung, berpakaian seperti agak kebaratan tanpa banyak soal mengeluarkan not kertas dari tas tangan dan menghulurkan sedikit wang kepada pengemis yang bekeliaran.
Persoalannya, siapa yang lebih baik dan lebih warak, siapa yang menjalankan syariat dan menurut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ???. Ada orang yang pandai berbicara tentang kebenaran, keindahan dan kesyumulan Islam. Bangga menjadi umat Islam. Berhujah berkenaan kebenaran dan kebatilan yang berlaku dalam norma masyarakat. Mengata orang yang itu makan rasuah, orang yang itu tak jalankan syariat Islam, tak tegakkan ajaran Islam. Tapi penghayatan dan kerja buat kita sendiri sebagai orang Islam ?. "Hampeh..."
"Ala..bukan tak nak bagi sebab pengemis ni bukan semuanya betul ada yang nak ambil kesempatan aje" ada nada-nada sinis dan hujah kuat disitu. Tapi, bagi pendapat aku, tak kisahlah dia tu pengemis sindiket ke, sengaja nak cari kemudahan ke atau apa ke, tapi kita buat atas niat nak bantu sebab dia mengatakan yang dia ini susah. Kalau dia nak menipu atau sengaja buat macam tu, itu urusan dia dengan Allah.
"Kan lebih baik kita jangan bagi, kalau kita bagi namanya kita menggalakan kan ?". "Ya, itu tidak aku nafikan". Ada orang kata ikut kesesuaian, situasi dan keadaan. Tapi kalau orang yang datang tu budak kecik muka lapar tak makan berapa hari dengan pucat lesi takkan korang boleh nak soal siasat macam polis kat dia baru nak bagi 5 kupang. Setakat macam tu bukan nak bagi tapi nak menginaya orang namanya.
Cuba letakkan diri kita, anak-anak kita dan cucu-cucu kita dalam situasi kanak-kanak di sebelah ini. Andai kata anak - anak kita sendiri terpaksa hidup merempat sebab kita meninggal dunia atau kita tak mampu nak bekerja sebab sakit. Jangan sombong, jangan takbur , dan jangan riak.
Bersyukur dengan kesihatan yang kita ada. Sedih bila kita kenangkan jika nasib kita jika perkara ini benar-benar berlaku. Kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan diuji sehebat rupa.
Bernilainya sesuap nasi sebagai tanda rezeki kita masih ada dan tanda Allah S.W.T masih memberi dan melimpahkan rahmat Nya kepada kita...
Jalan-jalan membuatkan kita sedar akan hakikat untuk mensyukuri nikmat Allah S.W.T.
2 comments:
Thumbs Ups..!! ^^
Terima kasih..Mencari -cari lagi keserasian dalam menulis dan berfikir. Sama-sama kita usahakan
Post a Comment