Jalan-jalan aku suka dengar cerita.
Tak kisah apa-apa pun yang aku dengar, akan terdengar dan sedang mendengar. Aku suka dengar cerita.
Tapi ada satu cerita yang aku tak suka dengar bukan sahaja pada ceritanya, tapi penceritanya sekali. Sebab apa dan kenapa ?
Sebab kalau yang bercerita itu kena dan betul pada dirinya aku suka. Contohnya, anak murid aku cerita dia dapat ikan besar tapak tangan bila dia pergi memancing kat lubuk ikan dengan abang dia. Dia anak murid aku dan itu memang cerita dia, kalau cerita salah atau betul pun aku suka sebab dia yang bercerita reflek pada dirinya yang merupakan anak kampung seperti aku yang meluangkan masa lapang dengan aktiviti sebegitu. Bukan main PSP atau PS2.
Tapi cerita apa yang aku tak suka dengar ? Cerita orang dewasa yang sebaya aku dan cerita itu tak reflek langsung dengan dirinya. Contohnya ada orang nak cerita dekat aku tentang halal dan haram pendapatan negara dari sumber judi dan cukai arak, rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan, pemimpin yang makan rasuah banyak dan menipu rakyat.
Aku tak kisah kalau dia nak cakap kat aku cerita-cerita itu, tapi aku bukan nak mengata kalau dia nak cerita kat aku tentang kebenaran, tapi pergi kelas lewat, kadang tak pergi terus, assignment pun orang lain buatkan, tipu lecture la, kuar suka hati macam institusi ni bapak dia punya. Kalau elaun lambat bising -bising, tapi pakai jugak duit tu. Kan kau kata duit tu hasil judi dengan arak buat apa kau amik baik kau sedekah kat orang ke, sumbang kat rumah anak-anak yatim ke. Lagi banyak pahala kau dapat apa. Lepas la dari makan duit haram macam kau cakap kan.
Sesekali kalau nak bercakap tolong cermin depan cermin. Jangan cakap aje, buat. Kalau tak ada cermin cakap kat aku aku boleh bagi...
Stress aku anak si ni asyik nak menembak aja...
Jalan-jalan tengok kiri dan kanan kalau nak berhujah berapi-api. Aku tengah panas terlinga nih...
3 comments:
hahaha.. sepa tu???
sepa tu... haha
biasak bro. orang kalau yang persan bagus...orang itu orang itu
Post a Comment