12.16.2010

Jalan : RaHsIa IbUkU TeRbOnGkAr !!!!!

Jalan- jalan kepada semua pejalan yang sedang berjalan disini.

Aku ada satu cerita yang sangat rahsia. Rahsia ini hanya ibu@emakku sahaja yang tahu.

Ceritanya, selama 20 tahun aku hidup ibu sebenarnya mempunyai sebuah mesih pembuat duit .

YAA!!!  MESIN PEMBUAT DUIT !!! Hanggat lagi panas kan ceirta ini.


Walaupun ia mesin pembuat duit ia sebenarnya memerlukan syarat-syarat tertentu untuk menggunakannya. Antara syarat yang aku dapat korek dari emakku ialah :

1. Yang paling penting tahu apa gunanya mesin pembuat duit ini.
2. Mesti mahir dan cekap dalam menggunakannya.
3. Memerlukan bahan mentah dan bahan separuh siap sebagai alternatif awal@ modal untuk membuat duit.
4. Semakin tinggi kemahiran dan kepelbagaian, peluang untuk dapat duit lagi banyak semakin tinggi !!!.
5. Last sekali, wang@duit yang dihasilkan adalah wang yang InsyaAllah halal 100%, ia juga diperakukan dengan nilai matawang semasa.

Sebenarnya aku meminta kebenaran emakku untuk menunjukkan kepada pejalan macam mana rupa dan reka bentuk mesin pembuat duit itu.

Jadi atas persetujuan dan perbincangan yang mendalam di samping memikirkan kesan yang bakal mendatang, emak bersedia untuk berkongsi rahsia mesin pembuat duit itu.

TARRAAAA!!!!!!
 Inilah mesin pembuat duit mak aku

Nama : "The United Sewing Machine"

Amacam ada yang berminat nak gunakan tak ?? Komen lah kat bawah kalau nak belajar guna, buat duit guna mesin ni.

Mak aku cakap gerenti buleh dapat duit kalau ada tempahan dan bayaran orang yang menempah baju...


Jangan marah yea....hehehe



Jalan-jalan , aku dah kuasai sedikit kemahiran menggunakan mesin ini,  jahit langsir rumah sewa aku.

No comments:

Blogger news

Blogroll