12.10.2010

Jalan : PeRkaRa yAnG BeRLaKu SeTiAp UmUr AkU

Jalan-jalan sebenarnya lama dah tak update blog nih.

Nak buat macam mana, aku balik kampung seminggu.

Kali ini aku nak cerita pasal perkara yang berlaku pada diri aku setiap tahun aku hidup, kalau korang nak kongsi boleh ajer..

Umur 1 hari hingga 4 tahun.
Ketika ini aku tak tau apa yang berlaku pada aku, oleh kerana itu aku sering ada persoalan. Bila masanya korang sedar akan kehadiran korang dalam dunia ini ?
Okeh, kita bicarakan hal tersebut nanti. Mak aku cakap aku masa umur setahun sampai aku umur 4 tahun dan kadangkala seterusnya. Setiap kali malam ke 15 dalam bulan itu, atau senang kata tiap kali masuk bulan baru, aku akan demam. Nak kata kebetulan tak jugak, tapi itu memang aku. Masa kecil aku sering sakit. Ini menyedarkan aku betapa kedua orang tua aku banyak bersusah payah kerana aku.

Umur 5 tahun.

Aku tak pasti sebab masa ini aku dah masuk tadika. Haa..baru aku ingat, aku pernah tumbuk kawan aku namanya Zulkifli. Ini disebabkan beliau  mengejek mak aku. Debishhhh..., atas mata aku tumbuk dia. Pernah satu masa aku baling batu bata kat tingkap tadika. Satu keping pecah.Semua budak-budak takut tengok aku.Hisshh...

Umur 6 tahun
Aku kena balasan atas perbuatan aku yang agak jahat. Aku dimasukkan hospital atas sebab dijangkiti demam Denggi. Seminggu aku duduk hospital. Satu hari aku diserang kesejukan yang amat sangat. Masa tu masih dalam hospital.Oleh kerana terlampau sejuk nurse pakaikan aku selimut 3 lapis. Tapi aku tetap mengadu yang aku sejuk.Sejuk...


Umur 7 tahun
 Masuk darjah satu. Tak banyak jadi, emm aha hampir lemas buat masuk dalam parit besar depan rumah atuk aku. Cepat-cepat mak aku tarik atas jambatan.

Umur 8 tahun
Pindah sekolah. Ada satu hari tu aku pegi sekolah, tapi sebenarnya cuti untuk darjah dua.Aku sampai sekolah bapak aku terus blah.Then aku terpaku sensorang sebab semua darjah satu aje yang ada.Last-last ada makcik bagi tumpang balik rumah.Naik vespa warna biru dalam keadaan hujan lebat yang amat-amat. Sejuk dengan lenjun jangan ceritalah.Sampai sekarang aku tak jumpa mak budak yang tumpangkan aku tu.

Umur 9 tahun
Hahahhaha..jadi pengawas sekolah.Tapi paling aku tak boleh blah masa tu tengah jaga pintu pagar. Ada pakcik tu lambai aku.Aku pergi pada dia dia tanya aku

"Ko ni pengawas ke mawas ?? " sambil gelak-gelak lucu.

Masa tu aku mana tau mawas tu apa.Aku pun angguk je lah.Hahaha kuang asam punya pakcik.



Umur 10 tahun
Tak berapa ada perkara yang menyeronokkan dekat sekolah ke atau rumah yang best.Ahaaa..baru aku ingat.Masa tu awal tahun ada watikah perlantikan pengawas, aku adalah dalam kalangan yang sedang beratur untuk ambil sijil pelantikan. Bila aku tengok sijil aku, ada sedikit kecacatan yang agak lucu jugak lah. Tang nama aku tu yang ada masalah sedikit macam ni bunyinya..

MOHAMAD SHAFIE BINTI SAMSIR

Hahaha..lucu kan,nama aku dah salah, tambah pulak aku punya jantina hampir ditukarkan tanpa melakukan apa-apa pembedahan pertukaran jantina.Hiissshh...mengarut tol...


Jalan-jalan lain kali kita cerita yang sepuluh tahun akan datang..Adios amigos..

No comments:

Blogger news

Blogroll