10.26.2012

Jalan : Raya Aku Bersama Paih

Jalan-jalan sempena hari raya Aidiladha...

Hari  ini aku ditemani member sekelasku yang tak balik jugak. Paih..agak kebengongan kami apabila awal pagi pergi sembahyang raya dan dia dah tepacak depan rumah aku 7.30 pagi.

Kata-kata beliau semasa masuk dalam rumah sewa aku.

"Aku lalu depan rumah orang bau makanan, bau sup...rumah kau tak bau apa-apa pun heehee..."

Aku pun dengan tersenyum sambil membetulkan kain sarung aku berkata kepada beliau.

"Wei..ko tgok la rumah aku ni ada sapa je, kucing-kucing banyak la, daging tak ada, kalau ko sangup makan kucing masak rendang bole jadi jugak aku sembelih sekor semalam. Then aku bleh tabur friskies sikit atas dia hahaha"

Agak true dan kejam kata-kata aku seawal pagi raya korban tahun ini. Aku ajak dia naik dan aku sambung balik baring atas tilam aku. 

Paih mula berkata.

"Aku call mak aku pagi tadi, menagis pulak dia bila cakap ngan aku pagi-pagi raya ni"

Aku cakap balik kat dia

"Tenang bro...baru tahun ni tak balik raya korban, berkorban sikit, takpa bab mak kau tu jangan risau, memang mak-mak kita ni touching, lagi-lagi bila tengok anak lelaki dia yang sulung takda di pagi hari raya yang mulia lagi bahagia ini. Tapi jangan risau, kita tetap akan raya jugak tahun ni.

Aku siap-siap pakai baju,pakai kain amik kopiah terus jalannnn....

Masa naik moto aku cakap ngan dia, nanti kita nak raya kat mana ?

"Kita raya rumah pakcik aku, then kita pegi rumah puan, sama amik nota sivik, bole study malam ni.

"Okeh bijak bro....kau memang true"

Hakikatnya aku teringat jugak suara mak dan nenek aku kalau kejut aku bangun nak pegi sembahyang raya. Tapi aku tau da, macam mana pun akan tunggu atuk aku. Atuk aku ni kalau nak tunggu dia siap-siap agak lama jugak la. Aku mandi 1 minit, pakai baju terus jalan.

Tapi memandangkan aku pun da dua kali beraya kat Kelantan, lebih-lebih lagi tahun ni beraya tanpa housemate aku. Semua pakat balik, tak nak ikut aku yang hati kayu ini. Apa-apa pun korang makan sedap-sedap kat rumah jagann tak ingat kat aku pulak. Huaaahhh...

Esok aku nak makan mana yea...tadi aku nak makan malam pun tak ada kedai yang sudi buka pulak. Macam mana Melayu nak maju..raya sikit tutup kedai....Aku rasa macam ada selipar menghala kearah aku kalau aku cakap ni kat depan makcik jual nasi depan rumah aku.

Okeh...Kucing rumah aku da lapar, aku nak bagi makan, kang aku makan dia pulak....Lapar weiiii !!!!

No comments:

Blogger news

Blogroll