8.19.2010

Hari mingguku...



Setiap minggu aku akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu..Dan yang paling penting hari jumaat adalah hari aku berkhidmat pada anak bangsa.

Camna???

Tuisyen sekolah SK SABAK, memang jadi jadual wajib untuk kesana pada pagi jumaat. Bertemu dengan anak-anak didiku dan rakan guru. Suka jumpa dengan mereka, bukan apa apabila kita ini ingin rasa dihargai, kita carilah orang yang boleh menghargai kita.

Kadang-kadang kita lupa, setiap kerja buat kita semata-mata kerana ganjaran. Bukan satu kesalahan namun kita tak mahu perkara itu akan mengaburi mata kita...Sekadar berpesan kepada diri dan anda semua.

Lihat pada cahaya mata mereka yang datang kesekoalh pada hujung minggu untuk belajar. Berbekalkan wang yuran sebanyak RM1.50 dan bekal makanan dari rumah menunjukkan betapa mereka begitu perihatin dalam soal pendidikan.

Jika kita teliti taraf dan keadaan hidup mereka, rata-rata mereka anak nelayan, orang kampung..Budak-budak pantai. Tetapi hakikatnya mereka punya semangat untuk belajar...Itu yang penting.

No comments:

Blogger news

Blogroll