12.26.2011

Jalan : Bersawang

Oleh kerana telah begitu lama E rasa tak mengupdate blog E ni...

Ini kerana E pegi bercuti balik kampung atuk E selama beberapa ketika lepas E pegi rumah member E kawin ari tu. Jadi E tadi bila sampai rumah terus buka notebook dengan sepantas kilat lalu membuka FB dan Blogger untuk tahu what was actually goes around and come around late and recently.

Umpamnya E macam orang sesat dalam hutan baru keluar dekat jalan raya sebab baru jumpa jalan keluar dari hutan. Sungguh ketinggalan E rasa bila keadaan sekarang ini sedang menghantui E.

Jadi kawan-kawan dan die hard fan E yang sedang menunggu update maaf sangat-sangat sebab lama dah E tah menyentuh jaring komunikasi yang sedang E gunakan ini. Macam lar E ada DHF = Die Hard Fan..humm

11.26.2011

Jalan : Majlis Perkahwinan

Jalan-jalan E hari ni baru balik majlis perkahwinan kawan E, dia sekampung dan dulu satu sekolah dengan E dekat High School Batu Pahat. 

Apa-apa pun E nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Farhan Fahmi dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke ahkir hayat. Kata orang, kena ucap sampai ahkir hayat. Sebab kalu sampai ke anak cucu kang dah tak ada.Hahaha..gurau je.

Sorry E tak bawak kamera masa pergi sana, jadi entri kali ni tak ada gambar. Masa E datang dia dengan isteri dah berarak dekat jalan. Ada kompang siap. Satu perkara yang E tak leh dengar ialah paluan kompang. Bila E dengar jantung pun bedetup-detup macam nak meletup. Sebab tu kalu ada majlis kahwin bila ada kompang E duduk jauh-jauh. Seram...Hehe..

Okeh...E nak pesan, kepada sesiapa nak tempah atau design kad undangan perkahwinan atau nak cadangan, E akan buka satu bog untuk sesiapa nak tempaha tau design kad kahwin mereka. E nak tengok dulu kalau ada sambutan. Senarai design dan bentuk kad akan E tunjukkan. Okeh..

Jalan-jalan, nak cari.....

11.23.2011

Jalan : Adik E

Jalan - jalan nak cerita pasal adik E yang abru lepas dapat keputusan UPSR.

Masa keputusan keluar ari tu dia dapat 4A 1B. B dia bahasa Inggeris. Masa E dulu pun sama tapi B E dapat Sains. Memang padan lar sebab sekarang E ni pun keluar maktab ngajar Sains.

Nak cerita bali pasal adik E ni. Memandangkan kalau orang kampung macam kami ni, nak pergi jauh-jauh memang tak berapa nak mampu. Tu yang nak sangat kalau boleh dia dapat masuk asrama harian macam E dapat dulu kat High School Batu Pahat.

Masa E dulu masa mula-mula masuk asrama E mula sedar akan apa yang membezakan kami yang berada di dalam dan diluar. Masa tu E ingat lagi, minggu orientasi bagi tingkatan 1. E baru lepas makan tengahari dan bersiap -siap nak terus pegi ke Dewan Besa HSBP. Masa tu kawan-kawan E yang duduk luar jalan kaki dekat luar pagar sekolah nak masuk ke sekolah.

E terfikir apa istimewanya aku duduk dekat asrama dengan mereka ?

E cakap balik dekat diri E. " Tak ada bezanya aku dan mereka"

Sejujurnya, sepanjang masa E duduk di High School ada dua perkara yang E paling suka kalau dekat asrama. Perkara -perkara itu yang membuatkan E kuat untuk habiskan zaman persekolahan E dekat sana.

Antaranya :
  1. Makan
  2. Tidur
  3. Kawan-kawan
  4. Buku-buku pelajaran
  5. Cikgu-cikgu
Tahun pertama E dekat sana dan seterusnya, bila mana E risau atau tak sedap hati E call mak atau nenek E kat kampung. Memang tekanan bila mana menjalani sistem pendidikan yang mana menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kejayaan pelajar. Ada kawan-kawan E yang berhenti sekolah masa tingkatan 2 sebab dia kata keluarganya susah kalau belajar dekat bandar dan berasrama ni.

E ingat masa tu member E nama dia Rizal Supandi, kat asrama dia digelar "Jawa" dan kalau Jawa akan duduk dan bersosial sesama Jawa. Masa tu E ingat lagi dai cakap.

"Dulu masa aku tak sekolah asrama bapak aku boleh nak menyimpan, sekarang ni kena bayar yuran dengan belanja aku kat sini."

E cakap balik dengan dia " Jal, jangan macam tu, memang kita tak mampu dan ada duit banyak nak sekolah jauh-jauh ni. Tapi asal kita niat dengan sunguh-sungguh mesti boleh.

Tapi E pun hampir nak mengikut langkah Rizal, bilamana E rasa kesian dekat mak dan ayah kerja teruk-teruk nak cari duit belanja sekolah.

Tapi E ingat lagi mak pernah cakap " Ngko jangan risau pasal kami yang ada kat rumah, mak makan atau tak tetap ada duit untuk kau belajar, tak kisah kalu gagal atau lulus belajar, asal ada niat untuk terus belajar dan belajar"

Sebab tu E macam ada akan tertekan dan kadang-kadang ada rasa putus asa. Tapi setiap kali E rasa macam tu E akan cakap. Aku yang pilih jalan ni dan biar aku habiskan.

Dan semasa di High School E pulun habis-habis belajar. Sampai nak dikatakan yang E ni orang panggil gila belajar. Sebab bila Warden tutup lampu E masih duduk tepi tingkap baca nota. "Pie pegi lar tido,nanti otak ko jammed" kata member E Hazrehan.

Tapi usaha memang membuahkan hasil, masa PMR E skor straight A's dan E tak tukar sekolah atau mohon mana-mana asrama penuh, bila mana E terdengar yang nak masuk SBP modal lagi banyak dan besar. Masa tu bapa E pun tak kerja mana, hasil tak banyak. Jadi memang tak tahu yang rupanya, masuk SBP ni bukanlah sebanyak yang E sangka belanjanya.

Tapi memang bukan matlamat E nak jadi orang besar - besar atau kerja hebat-hebat. E memang nak jadi cikgu. Dulu masa kat kelas tingkatan 5SN1, member -member E kata, tak payah lar E jadi cikgu, E boleh jadi lebih baik dari tu. tapi E cakap, E memang nak jadi cikgu.Heh...

Sekarang E rasa bersyukur sangat sebab dalam usaha dan jalan yang betul untuk jadi cikgu. Hari ni senior-senior semester 8  dan ucak gudbye dan sayonara dekat IPG KKB.

Mesti sayu kan nak tinggal tempat belajar. Esok E akan ke HSBP.

HSBP WAIT FOR ME !!!!

Blogger news

Blogroll