6.14.2013

Jalan : Penantian satu...

Kadang-kadang kita selalu rasa tak sabar.
tak sabar untuk itu dan ini
tak sabar untuk menantikan sesuatu
lebih-lebih lagi menunggu sesuatu yang sangat diinginkan
kalau masa itu boleh diputar dan diubah mengikut kehendak hati
tapi tak mungkin akan terjadi
masa bukan seperti bijian yang boleh dikutip dan disimpan untuk masa depan
ia akan terus berlalu
berlalu dan meninggalkan kita
seakan sesuatu yang kita inginkan dapat diberikan pada masa ini
sedangkan kita sendiri masih lagi termanggu-manggu
mana kan datangnya sinar hari ini jika tidak kerana berlalunya semalam dan
mana kan datangnya sinar esok jika masih lagi ada hari ini.

kita cuma ada hari ini,
semalam itu kenangan dan
esok masih belum pasti.

5.18.2013

Jalan : Mencari Makna Hidup

Jalan - jalan sedang fikir, apa makna hidup kita kalau kita ini sering lupa dan alpa. Kadangkala kita tak sedar, tindakan kita boleh buat kita sendiri binasa.

Mungkin kita semakin hilang kepercayaan dan jua keazaman dalam membina diri. Apatah lagi segalanya hanya akan berlaku dengan sekelip mata dan segalanya bagaimana nak dijadikan cerita-cerita kita.

Hummmm

Melalut lagi malam-malam aki hari ni,...

Exammm hummmmm

Hidupp.....

Ya Allah berilah kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai hambamu...

5.16.2013

Jalan : Terpana aku seketika

Jalan-jalan masa Magrib pergi ke masjid. 

Lama dah tak kesana, rasa semakin jauh aku dengan Allah. Perasaan semakin rasa menjadi kosong dan betul betul dahagakan pengisian rohani. Dalam perjalanan terjumpa kakang Indon (abang bahasa Jawa) yang sedang dalam perjalanan nak ke masjid. Dia baru berusia 24 tahun, tua setahun daripada aku, tapi sudah merantau dan kerja sebagai pekerja kontrak Aku ajak tumpang sekali naik motor. Azan baru lepas berkumandang suasana senja yang sangat-sangat menenangkan. Kelihatan gelinciran merah dikaki langit kelihatan. 

Setelah bertanya khabar kepadanya, dia naik dan dia mula bertanya.

"Lama tak nampak, minggu ni baru nampak dua kali" tanyanya.

"Ada, cuma tak ke masjid, solat dirumah" balasku.

 Kemudian dia cakap kat aku dengan nada perlahan

"Kita kalau solat sorang ni tak ada jaminannya, kalau berjamaah InsyaAllah diterima"

"Kalau sibuk mana pun, kita bukan kerja, luangkan lah masa kita, masa muda-muda ni"

Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya. Betul juga, aku nak kata sibuk, tak lah sesibuk sampai 24 jam. Kalau habis-habis sibuk pun tidur dengan keluar makan. Rasa macam tersentuh yang teramat-amat sangat malam ini.

Mestika - Layar Keinsafan



Blogger news

Blogroll