1.07.2012

Jalan : Sering kali aku bertanya...

Sering kali kita selalu tidak sedar akan sesuatu yang kita sendiri lalui dan alami.

Setiap kali kita kesusahan

Bila mana ditimpa musibah

Saudara meninggal dunia

Ditipu orang

Kesempitan wang

Kelaparan akibat kesempitan wang

Sakit tenat atau sakit yang menyebabkan kita tersiksa

Dan segala bentuk ujian yang mendatang..

Kita akan kata "Ya Allah, begitu kuat ujianmu, begitu aku rasai ia. Mohon tolong darimu
"Mengapa aku yang diuji, apa salah dan dosaku, mengapa orang ini atau itu melakukan sebegitu dan bukan mereka yang mendapat balasnya."

Ya, kita mengeluh, kita salahkan orang lain, kita rasa kita bersih dan kita rasa tidak adil.. Mungkin...

Tapi ...Adakah kita sedar ???

Setiap kali kita rasa senang

 bila mana kita dapat elaun atau gaji

dapat pointer tinggi

dapat tender sana sini

untung berniaga beratus -ratus juta

Adakah kita akan berkata...

Mengapa aku yang menjadi kaya ?

Mengapa banyak nikmat yang aku dapat ?

Mengapa aku yang mendapat rezeki ini bukan dia ? 

Mengapa begitu orang ini dan orang itu baik terhadapku ?

Tepuk dada tanya Iman
 Tanya hati
  Tanya akal...

Jalan-jalan mohon jangan kita terdiri daripada orang-orang yang lalai...

1.01.2012

Jalan : Bilamana kita tidak sedar dan menyedarinya

Bagaimana jika sesebuah situasi yang mana kita tidak sedar akan hakikatnya yang sedang berlaku. ini kerana kita mungkin leka atau memang jenis diri kita yang tidak mengendahkan perasaan orang lain. Mungkin kerana hati dan perasaan kita menganggapnya ia sekadar gurauan yang mana kita sendiri tidak ambil secara serius.

Kadang -kadang kata-kata kita itu mengandungi seribu makna dan persoalan yang sebenarnya entah siapa yang tahu dan cara dia mengerti contohnya...

Kalau anda mengatakan " Laparnya perut aku rasa.."

Rakan anda yang mendengarnya mungkin akan berpersepsi sebegini

Rakan 1 : "Kesiannya dia lapar..."

Rakan 2 : "Hummm..ni nak mendajal mintak belanja lar ni.."

Rakan 3 : "Dah tau lapar kenapa tak makan..tak ada duit lar tu, tu lar asyik sibuk bersopping je"



Lain orang, lain hati dan lain intrepretasinya...

12.26.2011

Jalan : Bersawang

Oleh kerana telah begitu lama E rasa tak mengupdate blog E ni...

Ini kerana E pegi bercuti balik kampung atuk E selama beberapa ketika lepas E pegi rumah member E kawin ari tu. Jadi E tadi bila sampai rumah terus buka notebook dengan sepantas kilat lalu membuka FB dan Blogger untuk tahu what was actually goes around and come around late and recently.

Umpamnya E macam orang sesat dalam hutan baru keluar dekat jalan raya sebab baru jumpa jalan keluar dari hutan. Sungguh ketinggalan E rasa bila keadaan sekarang ini sedang menghantui E.

Jadi kawan-kawan dan die hard fan E yang sedang menunggu update maaf sangat-sangat sebab lama dah E tah menyentuh jaring komunikasi yang sedang E gunakan ini. Macam lar E ada DHF = Die Hard Fan..humm

Blogger news

Blogroll