11.08.2010

Jalan : PeRnAhKaH....

Jalan-jalan yang sering mengingatkan aku...

Satu hari datang seorang teman yang sedang dalam keadaan serabut.  Matanya merah, bibirnya dijuihkan seperti muncung burung. Jalannya kasar dan dia tidak melihat langkah-langkah kaki yang sedang dilangkah olehnya. Seakan lucu juga pun ada jika aku lihat keadaannya. Tapi aku tahu yang dia sedang marah didalam hatinya. Lalu dia duduk disebelahku dan mendengus seperti kuda jantan. Masam mencuka riak wajahnya. Terasa bahangnya aku dapat rasakan.

"Kau tengah marah ke ? " tanyaku perlahan.

"Mana kau tau ? Kau kisah ker aku marah " balasnya sambil memandang tepat ke arah mataku, aura marah sedang  menguasai dirinya.

"Ala...sekilas ikan di kali sudah tahu jantan atau betina lah..haha.." gurauku semata-mata ingin mengurangkan  keadaan yang dirasainya.

"Aghh..kau apa tau" balasnya dalam nada yang masih keras lagi.

Sambil tersenyum aku katakan kepadanya " Cuba kau cerita kat aku apa yang kau marahkan sangat ? Haa ? Awek ? Duit ? Kerja ? cerita la beb"

"Dia...suka sangat menekan aku, dah aku kata dan terangkan macam-macam tak caya-caya lagi " dia cuba membuka cerita.

"Awek lah ni ? Btol ? " tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

Dia sekadar mengangguk kecil.

"Bro...biar aku teka, dia suruh kau jumpa family dia kan? Lepas tu dia nak ajak kau kawin cepat-cepat, bila kau bagi alasan,  dia kata kau tak sayangkan dan setia dengan dia ? " aku mula membaling buah-buah dat yang tajam pada sasaran, mana tahu ada yang mengena.

"Macam -mana kau tahu semua ni " sambil melihat aku dengan wajah pelik dan seakan bersetuju dengan tekaanku.

"Pengalaman bro..." balasku selamba.

"Macam ni lah, aku bagi sedikit nasihat, kalau kau nak pakai, pakai, kalau tak, tak payah " kataku kepadanya. Dia mengangguk setuju.

"Kau dengan dia belum ada apa -apa lagikan, kau bawa berbincang, elok-elok, ni baru berpacaran, aku boleh lah tolong, kalau dah kawin besok, Sorry naik lori lah." terangku.

"Satu perkara, jangan kau tunduk dengan nafsu amarah aku, tapi kau tundukan dia pada kau, semua masalah ada penyelesaianya, kecuali satu " sambungku.

"Apa dia ? " tanya dia kepadaku.

"Penyakit malas, mana ada ubat" kataku sambil tersenyum.

"Kau pernah rasa marah ? " dia bertanya sambil melihat ke arah mataku.

"Tipulah kalau aku kata tak pernah marah, tapi aku menyesal marah " jawabku.

"Kenapa ? " ringkas pertanyaanya.

"Sebab, bila aku marah aku akan buat perkara-perkara yang tak sepatutnya aku buat, sekaligus, aku sendiri dapat malu. Sebab tu aku tak mahu marah tak tentu hala sekarang" terangku semula.

"Wei, kalau kau macam tu mesti orang main-mainkan kau " dia cuba mengungkai kembali pertanyaan itu.

"Semua orang ada hak untuk beri pendapat, tak kisahlah dia nak kata apa, janji aku percaya masih ada lagi tempat-tempat yang baik untuk hilangkan rasa marah dan benci " terangku semula.

"Mana ? " sambil melihat kepadaku.

"Ambil wuduk, duduk dekat tikar solat, muhsabah diri, tak modal banyak, mudah dan berkesan  InsyaAllah" terangku semula.

Malam itu mengingatkan aku pada satu peristiwa masa-masa muda remaja aku yang tak sepatutnya aku lakukan.



Jalan-jalan jaga lah hati dan nafsu anda moga di lindungi Allah S.W.T selalu...


p/s : Salam kepada junior-junior aku HSBP, maafkan aku marah korang semua masa kes curi tu.

11.07.2010

Jalan : IsNin...

Jalan kisah aku dulu-dulu sekolah...

Hari Isnin merupakan hari pertama persekolahan. Maka, setiap hari Isnin setiap minggu akan diadakan perhimpunan sekolah. Apa yang menariknya ? Tak ada apa cuma kenangan yang sering buat aku tersenyum.

Masa mula-mula aku jadi pengawas sekolah masa dalam tahun 3. Waktu tu perasaan best bila semua orang tak pakai baju sama dengan apa yang aku pakai. Tambah - tambah bila pengawas dia kena pakai tali leher. Hehehe...spesial beb.

Tugas aku ? Mula-mula kalau setiap pagi sampai sekolah, aku akan jumpa dengan  Cikgu Asiah. Dia jaga bilik guru Sekolah B. Sekolah B ni cuma ada dua darjah saja, iaitu tahun 2 dan 3. Lain-lain darjah dekat sekolah A. Cikgu Asiah akan bagi aku bendera Malaysia dan bendera negeri Johor. Pasang bendera, lepas tu masuk kelas.

Kalau perhimpunan sekolah tugas aku lagi mencabar sket. Haha..tak lah sangat setakat macam ini aje.

Dipersilakan Mohamad Syafie untuk menyampaikan Rukun Negara

Aku pun akan sebut dan rakan-rakan yang lain akan ikut.

Rukun Negara


1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang]
5. Kesopanan dan Kesusilaan 

(Tengok, kalau tak ada tugas macam aku, budak-budak mana boleh ingat )

Tapi sekarang aku dapat lihat macam-macam medium yang telah ambil-alih tugas aku sebagai penyampai Rukun Negara.
Van

Kotak Tisu...

Hummm....
Lepas habis perhimpunan masuk kelas. Macam itu lah setiap kali perhimpunan... Semua tu tinggal kenangan.

Jalan-jalan hari ini hari Isnin. Kimia...Kimia....

Jalan : KiMiA...

Jalan ini bakal aku lalui dan sedang berusaha kearahnya...

Hari  ini hari Ahad. Hari ini saya sedang buka buku kimia. Sebab hari Rabu ada ujian final sem. Tajuknya Exploring Material tapi, ayat mudahnya Kimia. Segala bentuk Alkohol, Carboxylic Acid dan macam-macam lagi yang sedang mengkimiakan kepalaku. Tapi tidak mengapa. Itu tak bermakna aku tak boleh menulis dan terus menulis.

Selalu orang akan cakap bila pasangan kekasih saling mencintai dan dapat merasai rasa yang seakan-akan sama dan apa yang mereka sedang alami.

"Awak, saya tahu yang awak tak sihat hari ini..." kata si teruna.

"Mana awak tahu saya tak sihat, awak bukan jumpa saya kan hari ni " balas si dara.

"Ala..awak ni, ni lah nama chemistry between us " terang teruna lagi.

"Oooo..cam tu ea...Ada kimia antara kita " balas si dara semula.


Ada sesiapa percaya akan perkara ini ??? Sila angkat tangan, angkat tangan tinggi-tinggi biar saya lihat.

Tapi sesekali aku berfikir, memang cukup sempurna dan tak silap walau sedikitpun ciptaan Allah S.W.T. Ini kerana semuanya dicipta mengikut fitrah. Sehingga sekecil-kecil zarah pun ia masih ada pasangannya. Siapa kata aku tipu ???  Betul la, pasangan proton ( + ) adalah electron ( - ). Kalau mak atau bapak korang suruh cari pasangan mestilah berlainan jantina. Ish...ish..ish...

Tapikan aku ada kisah tentang aku dan orang yang tak boleh nak ikut fitrah alam. Kisahnya macam ini. Satu malam sedang aku dan rakan-rakanku sedang berbual-bual. Tiba-tiba telefon kesayanganku berbunyi ..

"Tuuut...tutttt.." telefon berbunyi. Nombor yang terpamer bukanlah nombor yang aku kenali.

"Hello...nak cakap dengan sapa ? " aku sambut panggilan itu.

"Hey..you, kita boleh jumpa tak " kedengaran suara lelaki yang sedang bercakap.

"Jumpa ??? ni sapa ni ?? Saya tak kenal awak lah " balas aku dengan seribu persoalan.

"Issh...you ni... I jumpa nombor you dekat jamban, Terminal 1 lah.." balasnya dengan suara manja.

Heeee!!! Menyeramkan dan  mengelikan sungguh.

"Maafkan saya, akak ke abang ke pakcik ke..saya tak main lah benda-benda macam ni " terang aku menahan rasa marah dan malu.

"Ala..aku bukan nak apa-apakan kau lah, aku nak jumpa belanja makan jer.." secara tiba - tiba suara manja tadi jadi garau dan kasar.

Aku tengok telefon dan tekan butang off. Habis cerita.

Apalah bangsa kita sekarang, dah baik -baik Allah ciptakan Adam untuk Hawa nak cari jugak spesies kaum Nabi Lut A.S. Songsang betulah. Kalaua aku jumpa mamat yang tulis nombor aku kat JAMBAN , nak aje aku basuh kepala otak dia.

Jalan-jalan kena tengok-tengok jugak..Takut-takut jadi barang panas macam aku. Hahahaha...

Blogger news

Blogroll