11.06.2010

Jalan : MaNiS TaPi SeDiH...

Jalan ni aku jumpa dekat satu blog orang, http://telordibasuh.blogspot.com. Sumber gambar aku ambil dari sana.

 Satu hari saya berjalan -jalan dalam keadaan perut yang lapar. Saya tak punya wang di poket. Tapi saya berasa lapar sangat. Tiba-tiba saya terpandang sebuah gerai kecil menjual manisan. Kelihatan seorang lelaki sedang menuang manisan diatas dulang dan dia membentuk manisan itu menjadi seekor burung. Langkah saya terhenti melihat dia membuat manisan itu.
Manisan itu tentu sedap rasanya. Harum dan sungguh sedap baunya. Saya tidak menghiraukan orang-orang disekeliling saya. Yang saya tahu, saya mahu lihat manisan itu. Cantik, sangat cantik.

 Alangkah baiknya jika saya punya wang. Boleh saya beli satu manisan yang saya suka itu. Saya suka bentuknya. Rasanya tentu sedap. Tapi saya sedar yang asya hanya mampu hisap jari saya yang kecil ini. Sudah cukup untuk menggantikan rasa manisan itu.

Waaah..saya suka akan bentuk itu. Saya masih tak boleh berganjak dari sini. Kaki saya berat untuk digerakkan. Saya mahukan manisan itu. Saya suka bentuk yang dibuatnya. Saya sangat mahukannya.

Alangkah bagusnya jika saya punya wang seperti lelaki itu. Dia dapat membeli manisan itu. Saya sukakan bentuk manisan yang diambilnya. Itu saya punya. Saya sukakannya.Sungguh tidak adil, dia ambil bentuk yangs saya suka. Tapi walaupun saya suka, saya mana punya wang untuk membelinya.

"Abang... marilah kita pulang..." adikku disisi berbicara. "Abang tak mahu pulang, abang mahu lihat manisan ini lagi". "Abang... kita mana ada wang untuk beli manisan ni". Saya sekadar mendiamkan diri. Tanda setuju dengan kata-kata adikku. Ya, saya tidak punya wang untuk membeli manisan ini.


Bertuahnya jika saya punya wang. Dapat saya merasai manisan yang cantik bentuknya itu. Saya tidak mahu banyak. Sekadar sebatang manisan itu sudah memadai bagi saya. Saya tidak mahu tamak. Saya cuma mahu salah satu daripadanya. Saya teringin untuk merasainya. Laparnya perut saya...


Jalan-jalan aku rasa sedih sangat bila melihatkannya...

11.05.2010

Jalan : BaSiKaL KeCiL WaRnA BiRu...

Jalan - jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil berwarna biru...

Cerita ini berlaku ketika aku berusia lima tahun.

Hari itu aku mengikuti ibu kerumah Wak Sukar. Isterinya baru bersalin anak ke - tiga kata ibu. Petang itu akan diadakan majlis Yasinan ( Majlis Bacaan Yassin dalam bahasa Jawa). Ibu pakaikan baju t-shirt kesukaanku dan seluar jean pada tubuhku. Ibu juga pakaikan bedak pada mukaku, tapi sering kali aku lari atau usap kembali bedak yang dipakaikannya. Protes tanda aku tidak menyukainya.

Ibu bawa aku menaiki motorsikal atu yang berwarna biru. Yamaha 80 atau sekarang orang panggil motor Yamaha Cup. Aku duduk dibelakang sambil memeluk ibuku.

"Nanti kalau tak mau duduk dalam main dengan kawan-kawan dekat luar yea " pesan ibu kepadaku.

Aku sekadar mengangguk, suka benar aku bila berjumpa dengan rakan-rakan yang kadang-kala tidak aku kenali. Pelik yea pada zaman itu, mengenali rakan baru dan boleh terus ikut bermain bersama mereka adalah perkara yang paling mudah sekali. Memang zaman  kanak-kanak tidak mengenal apa itu diskriminasi.

Semasa kau tiba di rumah Wak Sukar, aku melihat ramai golongan ibu-ibu yang hadir. Aku turun dari motorsikal dan terus berjalan ke arah hadapan rumah. Ramai kanak-kanak perempuan yang ada, mana rakan-rakan lelakiku yang lain ? Bisik hatiku.

Tiba-tiba aku terpandang sekumpulan budak lelaki yang sedang berkumpul di tepi jalan.  Mereka semua berbasikal. Salah seorang dari mereka seprti aku kenali. Tapi tidak ingat siapa orangnya. Langkah kaki ini mulai menuju kearah mereka.

Salah seorang dari mereka sedang memegang sebuah kereta mainan kecil yang berwarna biru. Besarnya tidak seberapa tetapi ia ada tali yang mengikatnya. Aku benar-benar tertarik pada kereta mainan itu. Jika tidak silap , budak lelaki itu bernama Zaki. Anak ketua kampung, beza umur aku dengannya adalah dia dua tahun lebih tua dari aku.

"Hei.. nak pinjam kereta mainan tu boleh ? " tanyaku kepada Zaki.

"Mana boleh, ni aku punya " balas Zaki.

"Ala..nak main kejap je..bole lah.. " rayuku kepadanya.

"Tak boleh" sambil merapatkan pegangan tangannya ke tubuhnya. Matanya tepat memandang mataku.

"Kalau macam tu pinjam basikal kau sekejap boleh ? " tanyaku kembali.

"Aku kata tak boelh, tak boleh lah !!" marah Zaki.

Aku mendekati Zaki. Walaupun badannya lebih besar dari badanku aku tak takut untuk melawannya. Semakin aku hampir, semakin erat pegangan tangannya pada kereta mainannya. Lalu tanganku cuba mencapai kereta main itu. Serentak dengan itu tangan Zaki yang sebelah lagi cuba menolakku. Dengan sekali tolak badanku sudah terjatuh ketanah. Aku bangun  semula dan cuba mendapatkannya lagi. Kali ini Zaki bersedia, apabila aku hampir, dia menyuakanku dengan satu tumbukan ke arah pipiku.

Seraya dengan itu aku menangis, tapi dengan jujuran air mata yang keluar, aku teruskan juga untuk mencapai kereta mainan itu. Rakan-rakannya yang lain sedang bersorak dan ada yang mentertawakanku. Sesekali mengejek-ejek kepadaku.

"Heee...Gembeng...gembeng...gembeng... " ejek mereka. Itu merupakan bahasa Jawa yang bermaksud Si Penangis.

Tidak lama selepas itu ibu datang mendapatkanku. Sambil mendakap ibu, aku mengatakan kehendaku kepada ibu.

"Nak tu...nak tu..." kataku sambil menujukkan tangan ke arah kereta mainan kecil yang sedang dipegang Zaki. Air mata anak kecil ini berjujuran mengalir dipipiku, sepanjang ibu membawaku pulang ke rumah. Ibu tidak berkata sepatah pun. Maafkan aku ibu kerana memberi malu kepadamu.

Sampai di rumah atuk sedang duduk bersama nenek. Aku terus naik keatas dan masuk kebilik.

"Nyapo to'o Pie kae ? " tanya atuk kepada ibuku, maksudnya kenapa dengan Pie tu.

"Rebutan basikal karo anak'ie Jaiman " balas ibu, ibu memneritahu yang aku berebut basikal dengan anak Jaiman, Zaki.

 Aku turun kebawah, saki baki air mataku masih lagi ada di pipiku. Aku ingin katakan kepada ibu yang aku tidak berebut akan basikal itu, aku mahukan kereta maina. Kereta mainan yang berwarna biru.

"Mak..bukan tu, tapi nak yang tu.." kataku kepada ibu.

"Alah...besok atuk belikan.." kata atuk kepadaku. Mungkin sekadar untuk menenagkanku. Aku lantas duduk ke atas riba atukku. Sayang aku kepadanya.

Esok aku dengar atuk keluar dari rumah menunggang motorsikal buruknya. Motor itu dia gunakan untuk mengangkut kopi atau sawit dari kebun. Ketika itu aku sedang leka bermain bersama Saliha, adikku. Dalam beberapa jam selepas itu aku dengar bunyi motor atuk datang dari arah darat. Kelihatan atuk sedang membawa sesuatu yang terikat kemas di karya motonya. Ia ditutupi guni dan aku tidak tahu apa isinya.

Apabila atuk membuka guni yang menutupi barang itu, terlihatlah aku sebuah basikal kecil yang berwarna biru. Tayarnya juga berwarna biru. Ada roda kecil di kiri dan kanan basikal itu. Serentak dengan itu hatiku berbunga ceria.

"Pie, atuk belikan basikal untuk ngko, basikal kecil warna biru"

Jalan-jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil warna biru.

11.04.2010

Jalan : AsAL KaPuChinO dAn MoCha...

Jalan -jalan di kebun kopi...

Sewaktu bersekolah di SMK Tinggi Batu Pahat aku menyedari hakikat bahawa yang aku datang dari keluarga yang bergantung hidup dari budi tanah dan pohon-pohon tani. Sekali lagi aku berbangga lahir dalam keluarga ini.

Waktu itu ketika kelas Pn.Ng , dia mengajar Kemahiran Hidup untuk kelas kami. Sewaktu itu kami sedang belajar tajuk berkenaan tanah dan tanaman.

"Siapa dalam kelas ni ibubapa dia petani ? " tanyanya pada kelas. Matanya melilau melihat semua anak didiknya yang akan memberi respon kepada pertanyaannya.

Aku dan Rizal Jawa angkat tangan, sambil melihat rakan-rakan kelas yang lain yang sedang menumpukan perhatian kepada kami berdua. Sambil tersenyum dan Pn.Ng mengangguk.

"Janganlah malu jadi anak petani, saya juga dulu seperti kamu"  katanya lagi.

Selesai kelas, Victor Ong datang mendekatiku. Orangnya berbadan kecil, bulat bentuk mukanya dan  dia memakai kacamata yang juga bulat rekaanya. Sambil membetulkan kacamata bulatnya dia bersuara.

"Syafie, ayah awak petani ke ? Ada kebun sendili ?" tanyanya dalam nada sedikit kepelatan.

"A'ah" balasku sambil mengangguk sedikit kepalaku.

"Waa..." Victor membuka mulutnya. Sepertinya di seakan mengagumiku. Tapi atas dasar apa juga aku tidak tahu.
************

"Pie, cuti sekolah ni ngko ada pegi mana-mana ? " tanya Fazli kepadaku.

Fazli, anak jati bandar Batu Pahat. Lahirnya ke dunia sudah mengenal bangunan konkrit dan taman-taman perumahan, sudah mengenal bangunan-bangunan besar sekitar bandar. Bukan seperti aku, mengenal unggas-unggas yang berterbangan dan pepohon kopi serta sawit. Tahu mana datangnya buah keledek dan ubi kayu.

"Aku balik kampung, tolong atuk ngan nenek aku petik kopi" jawabku.

"Kopi ? Seumur hidup aku tak pernah tengok pokok kopi " kata Fazli kepadaku.

Aku memandangnya dari atas ke bawah, budak yang paling pandai di dalam kelasku tidak mengenal pokok kopi.

"Nak tengok pokok kopi datanglah rumah atuk aku, rumah aku pon ada jugak" kataku sambil tersenyum.

**********

Kopi, siapa kata kopi minuman orang-orang kampung. Wahai saudara atau saudari yang mengatakan sebegitu, cuba anda terbang ke Perancis ataupun Itali. Tanyalah soalan-soalan seperti ini sekiranya anda terjumpa cafe-cafe yang terletak di tepi jalan-jalannya yang sibuk.

"Posso avere una tazza di caffè? " 

"Puis-je avoir une tasse de café? "


Sudah tentu ya jawapan mereka. Jika kini anda berbangga meminum Latte, Mocha dan Kapuchino yang harganya mencecah tujuh atau lapan ringgit secawan. Percayalah bahawa ianya datang dari sebiji kopi. 

Sebiji kopi yang mana harganya dahulu tidak seberapa. Jika dulu aku memetik kopi yang jumlahnya apabila dijual adalah bernilai RM 8.00 setin,dan beratnya lebih kurang 13 kilogram. Kemudian ia diproses dan diolah menjadi serbuk kopi dan dijual dalam pasaran harganya berubah menjadi semakin mahal. Semalam aku membeli serbuk kopi yang beratnya hanya 70 gram bernilai RM1. 35. Bagaimana kopi berubah dari barang murah kepada mahal?


Umpama kita sebagai manusia. Hidup ini bukan untuk bermegah-megah dan sombong dengan apa yang ada. Tapi kita harus sedar dan sentiasa menilai apa yang kita telah ada. Sesekali aku merenung memikirkan kejayaan-kejayaan insan-insan yang berjaya dalam hidup. Adakah mereka itu datang dari Planet Namek ? atau Planet Nebula 69 ?. Tidak, mereka manusia seperti aku, bernafas dan bersifat seperti aku. Tapi bagaimana mereka boleh berjaya ? 

Seperti yang aku sedari bahawa jawapannya sama dengan jawapan tentang satu petanyaan.

"Dari mana asal Kapuchino dan Mocha? "


Jalan-jalan sekadar ingin mencoretkan kisahku kepada kamu...

Blogger news

Blogroll