6.11.2016

Jalan : Euro atau Copa ??

Korang ingat lagi tak kenapa euro dan copa diadakan.

Pasal sebijik bola. Ya sebijik bola ditengah padang dan di sepak, kejar beramai-ramai.

Penonton tepi bersorak bagai nak rak.

Nampak tak, potensi sebiji bola untuk menarik ramai orang melihatnya.

Aku tak jatuhkan peminat bola atau apa - apa yang berkait dengan sewaktu dengannya. Sebab aku pun tengok bola, kalau tertengok. Aku pun bawak budak bola sekolah. Itam aku jemur ngan budak-budak.

Tapi persoalan bola ini bukan lagi isu kedai kopi dan juga juara kampung atau liga kampung budak-budak bujang dulu-dulu. Sejak lagi dulu lagi martabat bola diangkat bukan diperingkat biasa-biasa, sehingga luar biasa.

World Cup main apa ?

Bola. Main guli tak ada, mungkin ada tapi tak la orang astro nak amik siaran langsung main guli, nak bagi tengok kat kita.



2.20.2016

Jalan: Soalan Sains Tahun 5 Kertas 2 Ujian Mac 2016

Salam semua.

Aku memang dah lama tak update blog ni. Rasa macam bukan macam bersawang, tapi da berhabuk, debu,kulat semua ada.

Tapi apakan daya, aku cuba untuk memberikan yang terbaik dalam tahun ini. Selama ni bukan sibuk camana.

Takpa, aku nak share sikit soalan sains tahun 5 untuk ujian mac 2016. Share sikit-sikit je. Kertas dua je siap dulu. yang lain menyusul....

tatatataa,.......sori macam pelik pasal lama tak tulis. Soalan sama je, tak ada kbat pun, tak daya aku nak memikirnya. Ada apa-apa komen, tak pun pm tepi.

ni link dia. Klik je. Aku tak letak iklan. Bukan like bagai hahaha...

12.07.2014

Jalan : Oh Malaysiaku...

Salam.

Hari ni pun cuma nak tulis sikit-sikit je.

Sebab kajian menunjukkan, kat Malaysia, cakap banyak-banyak cuma kat kedai kopi, selamat pagi malaysia ke atau kat bawah pokok sambil cerita pasal orang sana-sini.

Hari ni aku nak amik duit, kat mana atm la. Sampai 1st atm duit abis.

Pegi kat atm yang tempat lain. Aku beratur panjang. Sangat panjang macam nak beli tiket bola tengok piala AFF.

Cuma kali ni bukan dengan orang malaysia. tapi bangla.

Yea bangla.

Serius lama, ntah apa dia buat kat mesin tu. Rupanya diorang ni baik tolong amik duit kawan-kawan dia. Ada lar sorang tu dalam 5 atau 6 kad. Jadi kompom lama.

Ada sorang pakcik tu menyirap. "Dia kata bila nak abis ni, aku nak amik duit jugak, korang bawak balik la mesin tu."

Oh, Malaysia. Entah kenapa rasa aku kat Bangladesh bukan kat Malaysia.

Emmm tahun denpan katanya nak bawak masuk banyak lagi.

Untuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik luar sana,

Besok-besok kalau anak dara pakcik bawak bakal menantu bangla, jangan marah.

Hahahahaha

Diorang buleh mengundi apa hahahaha...

Oh Malaysiaku...




12.03.2014

Jalan : Menanti hari bahagia.

Salam kepada semua pembaca.

Mana nak mula yea...? Dah lama dan bukan sahaja lama tapi memang sangat-sangat lama tak update blog, tak kemas sana sini, sibuk manjang. Sibuk apa pun aku tak tau.

Betul kata jakpa. Will tak ada tak jadi apa-apa. Sedangkan lagi menulis macam ni pun tak daya, tak larat nak habiskan dan publishkan.Adoi....

Rasaya mudah je ak nak bagi tau.


Aku nak nikah

Aku nak kawin

Aku nak ada bini

Tak lama lagi.

I mean it...

Yahooooooooooooo yeaahhh !!!






















Ini merupakan kali pertama aku upload gambar cik gadis comel aku. Heheh...

1.13.2014

Jalan : Kisah aku dan sayur kangkung...


Masa cuti sekolah bulan Mac tahun lalu, aku telah bercadang untuk menjalankan satu projek menanam sayur kangkung di kawasan rizab pokok serai mak aku (bukan rizab kerajaan). Lalu aku kekedai apek "hardware" untuk membeli biji benih sayur kangkung tersebut. Kalau tak silap, sekitar harga 80sen harganya. Jumlahnya dalam 15-20 biji. Selesai urusan berjual-beli, aku pun pulang dengan lenggang kankungnya kerumah. Aku ambil cangkul dan mula mencangkul tanah yang tak berapa nak gembur itu. Menggunakan sedikit ilmu pertanian, aku membuat batas yang panjangnya hanya sekangkang kera. Kemudian aku ambil tanah abu bakar (bukan nama orang) untuk dijadikan sebagai "CATALYST", bagi menggantikan baja humus. Sungguhpun ia hanya sekangkang kera, tetapi aku benar-benar berpuas hati. Tercetus didalam hati nak jadi pengusaha kangkung yang berjaya suatu masa kelak. Kemudian, aku taburkan biji-biji benih keatas batas tersebut. Lalu aku siramkan air dengan penuh harapan dan penantian. "Kankung, cepatlah besar" kataku berulang kali. Apabila aku pulang semula belajar, saban hari aku menelefon ibuku, setiap kali itu juga aku tanyakan bagaimana perkembangan pokok kangkung-kangkungku. Ibu mengatakan, bahawa ia sedang meningkat naik dan dewasa. Cuti semester aku pulang dengan harapan untuk menuai hasil titik peluhku. Lalu apabila aku lihat batas tanamanku, terkejutnya aku tiada sebatang pokok kangkung pun ada disitu. Ada beberapa pokok lada yang sedang dalam alam anak-anak sekolah. Lalu aku bertanyakan kemuskyilanku kepada ibuku. "Ibu, mana kangkung-kangkungku? " Lalu dengan selamba ibuku menjawab "Mak da cabut dan buang, kucing datang setiap hari melakukan qada hajat pada pokok kangkungmu, lalu tak kesampaian kami nak makan sayur tersebut. Dengan kempunan aku tak dapat melihat hasil tanamanku.
Takpalah... berita gembira hari ini aku terima, kangkung turun harga...  maka tak payah la aku menanamnya...Sekian.

11.25.2013

Jalan : Ketika ini

Semalam merupakan hari yang telah berlalu. Apabila menoleh kebelakang rupanya banyak yang telah kita lalui. Dari semasa ke semasa kita mengorak langkah, mengambil keputusan, membuat perhitungan, pencaturan yang kita tentukan untuk diri sendiri. Mungkin pula kita akan menentukan keputusan bersama-sama insan lain. Segalanya yang bermula ada pengakhirannya.

Jika semalam aku pernah berkata betapa lamanya untuk menunggu menghabiskan pengajian di IPGKKB, tapi kini aku pula sedang duduk menulis tentangya. Suatu masa dahulu dirasakan waktu itu terlalu lama untuk dihabiskan. Tetapi apabila ia berlaku, ia berlalu sebegitu. Dengan sebegitu cepat, pantas, sekelip mata?

Waktu bersama-sama sahabat, bersama teman-teman yang mana membuatkan aku sendiri terfikir, adakah pengakhiran buat kami ini begitu singkat dan bilakah masanya ia akan menjadi semula seperti biasa ?



Move On...

Itulah yang kita perlukan pada masa ini, setiap yang berlaku dan terjadi perlukan titik bermula semula. Usah mengenang sesuatu yang semengnya sudah menjadi kenangan. Biarkan ia terlipat kemas dalam lipatan ingatan dan didakap kemas dengan sebaiknya. Bukan untuk melupakan segalanya, tetapi untuk sentiasa mengingati masa-masa indah, suka, duka dan juga bersama. Segalanya perlukan kekuatan untuk medefenasikan rasa itu.

Aku tak ada keja, nak main Dota...hummm...


Mereka sangat cute main buih sabun..ho3

10.03.2013

Jalan : Menyiapkan Tesis Akhir, Sem Akhir, Tahun Pengajian Akhir

Salam.

Hari ni pelik sungguh aku nak menulis semula. Tiada catalyst yang menjana aku untuk menulis. Tapi sebab terlalu lama dan terlalu lama untuk tidak menulis dan berfikir.

Sesekali aku melihat bagaimana pos-pos lama yang menyebabkan aku sedikit terfikir. Bagaimana aku boleh menulis sebegitu selama itu. Seakan satu perasaan yang lain dalam diri ini meihat diriku yang dahulu. Mungkin keadaan masa dan juga keadaan menyebabkan semua itu tidak lagi sama seperti dulu.

Pecinta bahasa, ilmu dan juga kata-kata pena tidak lagi bermain dalam kepala serta benak pemikiran ini. Terlalu lama meninggalkan sesuatu yang kita sayang dan cinta menyebabkan semuanya jadi hambar dan lesu. Lesu seribu bahasa seperti biskut kering yang lemau. Tidak ada kegairahan untuk makan biskut seperti itu.

7.19.2013

Nasib Graduan IPG 2

Salam sebuah pena grenade untuk bakal guru.



Terbaru aku telah menerima satu kejutan berita daripada rakan yang sedang asyik melihat dan menggunakan aplikasi facebook dalam telefon pintar andoridnya. 

Lalu aku yang sedang berfikir pun sedikit terganggu. Cadangnya, pada hari tersebut aku mahu menjalankan intervensi kepada murid asliku yang sedang sibuk bermain-main diluar kelas tanpa kawalan yang sewajarnya.  Lalu aku disuakan dengan isu terbaru iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia  iaitu Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom mengeluarkan kenyataan yang mana menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan bakal guru dan juga bakal graduan guru seperti kami.

Baik, isu ini bukan baru semalam dan bukan hari ini diperkatakan dan diuar-uarkan. Malahan, jika merujuk kepada pelbagai sumber samada primer atau skunder juga telah merencana pelbagai perbahasan yang semakin hari semakin hangat. 

Isu bakal guru boleh mencari peluang memilih kerjaya lain selepas tamat pengajian dan tiada jaminan untuk dipostingkan. Sememangnya, jika kita melihat situasi ini mengundang kepada tanda tanya dan sekaligus menyebabkan kami iaini bakal guru seperti tidak senang duduk. Mungkin tidak dapat dinafikan, persoalan apa gunanya kami bekerja keras selama 5 tahun setengah dan tidak mendapat tempat bekerja sebagai guru. Persoalan apakah yang menjadi kekangan dan juga kecelaruan ini berlaku. Pelbagai spekulasi yang mana timbul hasil daripada kenyataan ini.

Apa yang graduan dan siswazah guru perlu lakukan kini ???

Jawapannya, masih sama, mengekalkan momentum dan juga budaya kerja cemerlang serta berkualiti. Namun, kualiti yang digarapkan adalah sangat samar dan masih juga menjadi tanda tanya. Sedangkan kita tahu bahawa kami menjalani program yang dirancang dan bukan program yang diadakan sekadar untuk melepaskan batok di tangga. Baik, mungkin atas dasar emosi dan juga perasaan ketidakpuashatian menyebabkan ramai yang masih tertanya-tanya apakah nasib kami ini.

Berbalik kepada pemikiran yang sedia ada kini. Saya mengumpamakan diri kita ini adalah seperti timun dan mereka adalah durian. Bergolek kena, tergolek kena. Dalam erti kata lain, bermain dengan selamat iaitu Play Safe. Tapi mana mungkin pada masa akan datang jika sememangnya kita harus percaya bahawa rezeki itu adalah di tangan Allah S.W.T. Kita datang darinya dan kita juga kembali kepadanya. 

P/S: mungkin kita tidak sedar bila kita berada diatas dan berjaya. Melihat orang dibawah begitu kecil...kecil jangan disangka kecil

7.05.2013

Jalan : Nak Balik Sekolah SK Tohoi

Jalannya akan bermula pada malam ini dan sehingga pada tarikh hujung bulan dan maknanya menghampiri awal dan penghujung Ramadhan.

Kalai dikutkan memang mencabar jugak untuk menghadapi bulan puasa di pedalaman. Tapi dengan semangat untuk menjalankan tugas dan juga internship yang sedang menjelang ini membuatkan aku dan rakan-rakan yang lain bersemangat.

Ingat lagi masa mula-mula sampai di pedalaman dengan kawasan hutan belantara dan tiada line telefon yang stabil. Ingat lagi suara Cik Gadis sayup-sayup kedengaran mohon cepat balik sebab risau sangat duduk kat dalam hutan jauh dari dia. Tapi segalanya mematangkan dan mendewasakan kita yang sedang dalam usaha untuk mengejar impian dan cita-cita masing -masing

Pagi ni skype dengan Cik Gadis.

Aku : Sedih tak nak kena tinggal ?

Cik Gadis : Emm..mula dulu mmg sedih tapi ni skang da selalu kena tinggal tak sedih da...hik2


Aku : Amboi...cam tu pulak...


Apa-apa pun nak pesan kat semua yang kalau nak ke SK Tohoi Gua Musang, bersiap sedialah dengan segala persediaan dan pengalaman yang bakal menjadikan diri anda insan guru yang terbaik.

p/s: emmm...mana cik gadis ni senyap je...


7.03.2013

Jalan : Aku dan Cik Gadis

Kisah ni tak ramai yang tahu sebelum ni, kalau yang tahu tu mungkin orang tertentu je...

Soalan 1 : Siapa Cik Gadis itu?

Jawapan : Cik Gadis adalah seorang teman hidup setia, sahabat, penawar duka, pendengar setia, pemerhati tegar aku dan juga peminat no. 1 aku. Hahaha....serius aku tak tipu.


Soalan 2 : Macam Mana jumpa Cik Gadis ?

Jawapan : Jumpa Cik Gadis....emmm pendek ceritanya tapi sejarahnya lama. Serius lama, macam cerita kat novel melayu, serius aku tak tipu. Kalau bikin novel boleh jadi macam cerita Aku Sebenarnya Isterinya atau Trilogi Lagenda Budan Setan. Banyak watak dan kisah yang berlaku antara aku dan cik gadis. Bermula dengan kawan kepada pasangan kepada musuh kepada kawan balik kemudian sahabat kemudian pasangan hidup InsyaAllah. Pembaca semua tolong doakan jodoh kami cepat sampai hendaknya. Jawapan ini akan disambung dari semasa ke semasa.

Soalan 3 : Cik Gadis asal Mana ?

Jawapan : Pantai Timur Malaysia. Mung dop pahang dakyoh ca'kap bende2 eaa'h.



Soalan 4 : Macam mana rupa cik gadis..heheh

Jawapan : Macam jawapan P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Yang kecik-kecik, molek-molek,comel-comel, cantik-cantik tu siaapaaaa....Cik Gadis saya.

Soalan 5 : Kenapa sebelum ni tak pernah cerita pasal cik Gadis ?

Jawapan : Ehh ada la..korang je tak baca betul2. Cuma dulu masa nak tulis Cik Gadis selalu cakap, jangan la tulis nanti orang baca malu..Awwww sweeetnyaa.
Meh aku tunjuk link : Jalan-awak-pandai-masak-tak ?


Soalan : Ada Gambar Cik Gadis tak ?

Jawapan : Ada.Nah korang carik sendiri mana dia. Clue : Si yang kecik-kecik, molek-molek,comel-comel, cantik-cantik


6.14.2013

Jalan : Penantian satu...

Kadang-kadang kita selalu rasa tak sabar.
tak sabar untuk itu dan ini
tak sabar untuk menantikan sesuatu
lebih-lebih lagi menunggu sesuatu yang sangat diinginkan
kalau masa itu boleh diputar dan diubah mengikut kehendak hati
tapi tak mungkin akan terjadi
masa bukan seperti bijian yang boleh dikutip dan disimpan untuk masa depan
ia akan terus berlalu
berlalu dan meninggalkan kita
seakan sesuatu yang kita inginkan dapat diberikan pada masa ini
sedangkan kita sendiri masih lagi termanggu-manggu
mana kan datangnya sinar hari ini jika tidak kerana berlalunya semalam dan
mana kan datangnya sinar esok jika masih lagi ada hari ini.

kita cuma ada hari ini,
semalam itu kenangan dan
esok masih belum pasti.

5.18.2013

Jalan : Mencari Makna Hidup

Jalan - jalan sedang fikir, apa makna hidup kita kalau kita ini sering lupa dan alpa. Kadangkala kita tak sedar, tindakan kita boleh buat kita sendiri binasa.

Mungkin kita semakin hilang kepercayaan dan jua keazaman dalam membina diri. Apatah lagi segalanya hanya akan berlaku dengan sekelip mata dan segalanya bagaimana nak dijadikan cerita-cerita kita.

Hummmm

Melalut lagi malam-malam aki hari ni,...

Exammm hummmmm

Hidupp.....

Ya Allah berilah kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai hambamu...

5.16.2013

Jalan : Terpana aku seketika

Jalan-jalan masa Magrib pergi ke masjid. 

Lama dah tak kesana, rasa semakin jauh aku dengan Allah. Perasaan semakin rasa menjadi kosong dan betul betul dahagakan pengisian rohani. Dalam perjalanan terjumpa kakang Indon (abang bahasa Jawa) yang sedang dalam perjalanan nak ke masjid. Dia baru berusia 24 tahun, tua setahun daripada aku, tapi sudah merantau dan kerja sebagai pekerja kontrak Aku ajak tumpang sekali naik motor. Azan baru lepas berkumandang suasana senja yang sangat-sangat menenangkan. Kelihatan gelinciran merah dikaki langit kelihatan. 

Setelah bertanya khabar kepadanya, dia naik dan dia mula bertanya.

"Lama tak nampak, minggu ni baru nampak dua kali" tanyanya.

"Ada, cuma tak ke masjid, solat dirumah" balasku.

 Kemudian dia cakap kat aku dengan nada perlahan

"Kita kalau solat sorang ni tak ada jaminannya, kalau berjamaah InsyaAllah diterima"

"Kalau sibuk mana pun, kita bukan kerja, luangkan lah masa kita, masa muda-muda ni"

Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya. Betul juga, aku nak kata sibuk, tak lah sesibuk sampai 24 jam. Kalau habis-habis sibuk pun tidur dengan keluar makan. Rasa macam tersentuh yang teramat-amat sangat malam ini.

Mestika - Layar Keinsafan



4.26.2013

Jalan : Bicara bersama Penyajak Comel

Baru sahaja sebentar aku pegi menghantar sahabat serumah,seperjuangan,sebolok dan segalanya. Penyajak Comel Shafiq Azli, antara silent reader yang palin banyak menyinggah disini sewaktu dahulu.

Perbualan kami sebelum dia berangkat pergi ke pesta buku di kuantan menyebabkan aku sedikit tersentuh untuk menulis sesuatu pada ruangan blog aku yang kian bersawang dan berlumut tanpa diupdate. Sehinggakan aku sendiri seakan asing lagi menaip papan kekunci pada komputerku ini.

Sedangkan jika bukan kerana waktu dahulu yang mana aku sendiri tidak pasti suatu masa dahulu Jalan-Jalan Hidupku sangat hidup dengan kisah dan pengalaman hidup aku yang tak seberapa ini. Entah, mungkin masa dan waktu mengubah diri kita.

Sibuk yang tidak disibukan, sakit yang tidak disakitkan dan apa jua maknanya yang  aku dapat tafsirkan pada tulisan. Sekadar bingkisan yang mana mungkin aku sendiri tidak pernah mengendahkan perasaan yang terbuku ini.

Banyak yang aku ingin tuliskan dan banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk aku katakan dan coretkan dalam pena maya ini.

Seakan satu ruang sempit yang aku bina untuk diriku dan aku sendiri tidak mampu untuk membebaskannya.

Sekadar bicara angin yang sepoi-sepoi berlalu pergi meninggalkan kesan yang insan lain tidak sedari.

"Pa, aku macam dah tak ada catalyst yang mana aku ada suatu masa dulu"

"Kau kena cari balik diri kau dulu, aku sangat suka dengan tulisan yang kau pernah tuliskan"

-Bila mana aku kehilangan pena dan kertas yang dahulu aku sayang dan aku jaga....


12.25.2012

Jalan : Kajian FACEBOOK

Masa aku tengah jalan-jalan dekat FB, aku masuk grup busuk yang mana dulu aku pun kipas bagi busuk ni. 

Sejarah aku dengan busuk ni agak macam tragis jugak la. Mulanya aku sangat desprate untuk cari view untuk blog aku. Sampai mana aku menggunakan busuk sebagai ping untuk dapatkan view. Memang agak membrangsangkan jugak la aku punya page view untuk beberapa ketika. Sebab ada satu entry aku jadi entry pilihan busuk untuk minggu tu. Jadi satu minggu aku penuh dengan traffic yang sangat sarat sampai 500 sehari. Bagi aku tu da banyak sangat untuk blog aku yang suam-suam suku. Hidup segan mati tak mau.

Tapi aku merasakan apabila ping guna busuk, semua link search aku kat google jadi under ping busuk. Atas dasar tak puas hati aku pun memulakan proses boikot busuk. Kemudian, aku punya page pun jadi malap, seperti lampu minyak tanah yang kehabisan minyak. Air je tinggal, minyak da abis lama da. 

Berkongsi sedikit apa yang aku dapat masa masuk dekat FB busuk. Satu kajian dibuat yang mana menunjukkan bahawa, Facebook memberikan anda stress apabila anda melihat apa yang sedang berlaku dan sedang berlaku dalam FB. Lebih-lebih lagi kalau perempuan. Yea ke ?

Entahlah.

Bagi aku, untuk masalah ni adalah berpunca daripada hati. Hati kita jugak yang kena bijak menilai dan memahami akan situasi yang sedang berlaku. Yealah, kadang tu ada kawan-kawan kita yang memang nak berkongsi bahagia, ada yang jenis suka menunjuk, ada jugak yang mengata, tak lebih jugak yang memang bikin panas line dari pelbagai aspek. Contohnya, politik, prinsip, ekonomi, pelajaran, semua lah yang berkaitan. Ia menjadikan satu tempat yang mana segala maklumat dan pengkhabaran yang diterima harus ditapis dengan sebijak yang mungkin. Bukan secara membabi-buta.

 Hmmm sedihnya aku... :(

12.11.2012

Jalan : Tahun Baru


Mungkin terlalu awal untuk aku mengucapkan tahun baru bagi waktu ini. Sedangkan bulan Disember masih belum habis lagi.

Entahlah...Mungkin kerana terlalu bosan aku tak ada isu atau idea yang nak dituliskan. Memang satu perkara yang mana aku sendiri hadapi masalah dalam merungkai kecelaruan ini. 

Mungkin cara terbaik adalah dengan terapi tulisan. Mengubah gaya dan juga permikiran dalam penulisan memang agak payah. Kadangkala ia berubah disebabkan mood yang kita sedang alami. Perubahan perasaan, pergolakan minda dan juga kecelaruan dalam menentukan sesuatu memberikan kesan kepada cara kita  menulis.

Pernah suatu ketika dulu, aku boleh menulis dengan berbantukan perasaan sedih. Ya mungkin itu kita katakan sebagai pemangkin (catalyst). Kadangkala aku nampak bila semangat itu ada macam-macam aku nak tulis. Smapai tak tertulis, contohnya masa tengah duduk dekat temapat mana-mana, sensorang menunggu ke, melihat gelagat orang lalu-lalang. Semua tu aku nak tulis, aku nak lakar atas bait kata-kata dan juga persepsi kekunci komputer ribaku.

Betul kata orang, penulis yang betul-betul hardcore ialah orang yang mana menulis seperti bernafas. Bila mana kakalu dia berhenti menulis, dia seakan habis nyawa dan nafas. Dia perlu terus menulis untuk terus rasa selesa, rasa selamat, rasa bernyawa. Itu namanya penulis hardcore.

Andai tulisan itu dapat menggantikan mata pedang yang tajam menikam, ia memang boleh. Kalau tak percaya, tanya mak atau ayah kita yang pernah bercinta pakai surat posmen. Kalau masa bercinta dapat surat putus cinta tu macam kena hempap dengan langit. Nak luluh jantung, hati, limpa, hempedu, buah pinggang dibuatnya. Penangan ayat yang dikarang menggunakan mata pen.

Pehhh....Nak bersemangat pulak la menulis,tulis3....

 

12.09.2012

Jalan : Melayu...(Edisi Kasi Panas Orang)

Korang nampak buah apa kat atas ni ? Korang tau buah apa ni ?.

Okeh, meh aku story sama kamu orang pasal buah ni. Nama buah diatas ini ialah buah Delima. Ya, delima bukan dilema.

Buah ni rasa isi warna merah, rasa dia masam-masam manis sikit. Biasanya isi memang warna merah, tapi ada je delima yang colourless. Kalau yang masih putik, ia memang agak cair dan warnanya pudar. Isinya berbiji-biji dan kalau nak makan kena kupas, amik satu-satu makan perlahan-perlahan. Amat memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk memakan habis sebiji buah delima ini.

Kisah yang aku nak ceritakan pada korang ialah perbualan aku dengan adik aku lelaki pasa buah delima ni kisahnya macam ni :

Aku : Wei ko try makan buah ni, mana tau kalau ada nasib baik boleh jumpa batu delima dalam tu.
Adik aku : Ko ni belajo ke tak, ko nak nak tau tak, batu delima tu orang cari kat lombong batu permata tu, sebab dia warnaya merah macam delima, jadi orang namakan batu delima. Mana ada batu dalam buah delima.
Aku : Bukan dulu orang tua-tua cakap ke..aku cuba membetulkan fakta dari orang tua-tua.
Adik aku : Huh mana ada semua tu...Melayu. (Nada yang sinis lagi menjengkelkan).

Aku pun terpana...huh selama ni memang aku da agak da. Macam mana pokok nak kumpul nutrient dalam bentuk sebatian. Mustahil....

Pelawok
Pelawok
Pelawok
Pelawok
Pelawok
Pelawok
Pelawok
Pelawok

 

11.09.2012

Jalan : Nasib Graduan IPG

Jalan - jalan menaakul pemikiran yang sedang berfikir akan sesuatu kebenaran.

Ketiaka sedang membaca dan membelek laman facebook yang mana merupakan medium menyampaikan segala bentuk perkara dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak dilupakan juga politik, isu semasa, isu lama, isu baru dan isu yang dibuat-buat.

Memandangkan keadaan yang sedang meruncing dan tangan-tangan masing-masing menuding sana-sini dan dia, mereka dan siapa. Sebagai seorang bakal guru aku terpanggil untuk mencoretkan sedikit perasaan dan pandangan yang mana mungkin bukan semua orang yang bersetuju dengan aku.

Bermulanya beberapa tahun dan beberapa bulan lepas, kabar angin yang mana "open-system" atau sistem terbuka bakal dilaksanakan bagi memastikan "keadilan" kepada semua bakal pendidik. Graduan daripada unversiti yang mana mengambil pendidikan memohon untuk mendapatkan hak yang sama iaitu penempatan ke dalam jawatan guru di sekolah.

Ramai pihak yang berfikiran bahawa mereka (graduan unversiti) harus dan layak kerana mereka belajar untuk menjadi pendidik. Sememangnya kalau aku juga dalam kalangan mereka akan meminta hak yang sama. Namun, begitu juga dengan guru pelatih dari IPG yang mana mereka mengambil kursus perguruan dan juga memerlukan perkara yang sama iaitu penempatan. Mereka juga merasakan hak yang sama untuk mendapatkan penempatan. Guru pelatih memang belajar dan ijazah perguruan bukan pendidikan.

Kemudian, apabila pelbagai desas-desus yang mana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) menghantar wakil ke setiap IPG untuk mengadakan satu tinjauan bagi melihat bagaimana reaksi penuntut IPG terhadap "open -system". Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan dan sistem tersebut, kemudian pihak mereka meminta penuntut menyatakan cadangan bagi melihat pilihan yang sedia ada.

Aku dan kawan-kawan aku jadi panas punggung, kalau begini jadinya mana mungkin kami akan bekerja kelak. Ini kata-kata mereka yang masih percaya bahawa ia akan dijalankan kelak. Kekalutan itu tidak kekal lama kerana ada suara-suara mengatakan, mana mungkin mereka dah belanjakan duit yang banyak untuk kita dan sia-siakan perbelanjaam tesebut.

Aku terfikir dan pada pandangan aku, sifirnya mudah, kalau open-system, maka ia adalah salah satu cara bagaimana graduan pendidik dan bakal guru untuk lebih bekerja keras dan mendapatkan pointer yang tinggi-tinggi bagi mendapatkan jawatan. Ketakutan ini jugalah yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Kalau orang yang jujur, belajar dan menggunakan laluan yang mana seadanya dia ketahui. Belajar,lulus dan terus mendapat kerja. Namun, tidak kurang juga kepada yang mana menggunakan apa cara untuk mendapatkan pointer yang tinggi, contohnya, menipu dalam peperiksaan, menggunakan kuasa dalaman dan luaran. Tak lupa juga kalau yang memang ada kabel sebesar peha dan lengan yang mana melobi sesiapa sahaja untuk mendapatkan tempat.

Kalau situasi ini berterusan dan berlarutan, sampai bila-bila pun tidak maju sistem pelajaran Malaysia. Betul pemikiran dan caturan zaman Rasulallah S.A.W yang mana, dalam Al-Quran sendiri menyebut :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 2: 188

Rasuah bukan sahaja datang dari bentun duit. Kalau menjadi orang besar dan menggunakan kuasa untuk melakukan sesuka hati pun sudah dikira Zalim. Zalim dari segi bahasa meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Satu penyataan yang penuh dengan makna. Kalau si A memang layak untuk masuk, maka tidak salah Si A untuk masuk, namun ada pula si B yang memang tak layak, tapi dapat masuk sebab si B ada bapa saudara, kenalan ayah atau sesiapa sahaja yang mana membolehkan si B masuk. Maka sudah ada unsur zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempat.
Lalu aku terfikir kata-kata rakanku yang mana dia ada mengatakan, kalau betul Allah S.W.T nak bagi kita kerja cikgu, dia akan bagi. Kalau tak jangan risau, rezeki dia lebih banyak dan bukan duduk pada tangan-tangan pegawai atau orang-orang atasan tu.

Terpana sedikit bila aku mendengar kata-katanya.

Betul. Kita kena yakin pada janji yang pasti, bukan janji manusia yang belum tentu ditepati.

11.08.2012

Jalan : Catatan SK Tohoi Gua Musang 1

Salam untuk reader dan pejalan setia, tak lupa juga pesinggah dari persisir yang mana tersesat disini.
Anda semua saya alu-alukan kedatangan.

Bermulanya catatan ini merupakan salah satu langkah dalam kehidupan aku sebagai bakal pendidik yang sedang menuntut ilmu pengetahuan yang mana semalam merupakan hari diumumkan sekolah yang akan kami jalankan pratikum fasa 3 selama sebulan. Ini merupakan langakah kami sebagai guru pelatih sebelum kami menghabiskan pengajian pada tahun hadapan.

Maka diumumkan bahawa permohonan aku dan roomate aku untuk masuk ke pedalaman Gua Musang Kelantan telah diluluskan. Kami akan ditempatkan di SK Tohoi yang mana merupakan sekolah bagi orang peribumi yang mana mereka masih lagi tinggal didalam kawasan hutan simpan Gua Musang. 

Ini merupakan gambaran yang aku dapat daripada internet. Sekolah yang mana terletak betul-betul ditengah hutan belantara. Kalau beruntung mungkin boleh nampak haiwan liar berkeliaran pada waktu malam. Tapi kalau babi hutan tu dah biasa tengok sebab kat belakang rumah aku pun selalu ada ekpedisi mr.john sekeluarga melintas halaman belakang rumah kampung aku. 

Aku merujuk kepada pensyarah yang telah kesana. Diorang cakap kalau nak mudah masuk kena naik 4 wheel drive. Kalau nak masuk pakai motor pun boleh jugak. Tapi musim hujan memang agak sukar dan payah untuk menharungi jalan off-road ni. Jarak tak jauh dalam lapan kilometer je.

Memandangkan suasana yang bakal aku tempuhi adalah jauh berbeza daripada apa yang aku lalui sebelum ini. Maka pelbagai persediaan perlu diambil bagi memastikan bahawa diri ini mampu menggalas tanggungjawab yang akan diamanahkan.

Salam Tohoi

10.30.2012

Jalan : Handpone..oh Handphone...

Hari ni merupakan hari last sebelum esok untuk study SCE 3111.

Paper yang kalau dilihat dari luar nampak kool namun tak se-koool yang disangkakan. Ini adalah ia bersifat susah diam-diam berisi.

Abaikan hal paper tersebut. Ini ada lagi satu situasi yang mana meruncing dan mendatangkan kemarahan pada aku yang sedang dalam kebingungan. Mana tak nya, hari ni janji ngan cik gadis nak kejutkan pagi-pagi nak study. Tapi entah macam mana aku terlena setelah minum secawan oligo koko yang dicampur dengan coffeemate. Aku pelik, adakah tindak balas koko dan mate menyebabkan mata aku jadi sepet dan ketiduran. Sedangkan aku dah bagun awal pagi, membasuh baju dan menjemur kain laksana ibu-ibu dan bibik yang mana menunaikan kewajipan kepada keluarga.

Abaikan juga hal oligo dan coffeemate aku tu. Sekarang ini aku tengah hangin pasal aku topap hanphone aku guna Bank Kepala Harimau. Entah macam mana adakah aku sedang dalam proses beratur atau apa, sebab topap yang aku beli tak masuk-masuk. Ini mengakibatkan konsentrasi aku untuk menelaah menjadi kerisauan. Sebab, adakah akaun aku telah dihack ? Adakah wang dalam bank aku hanya sekadar nomor-nombor yang sudah tiada nilainya. Adakah...adakah....

Takpa kalau tahun depan naik kerajaan, hanpon bole jadi pintar, sepintar pembuat dasar. Huh.. sepintar pintar tupai melompat, jatuh ke longkang juga. Kongkang betul.

Sekarang ni aku tengah menunggu dengan sabar.Kadangkala lebih baik aku menyetat moto dan pergi ke kedai topap berdekatan beli.Cuma kena tambah dua posen je...

Sebab dua posen .....

Blogger news

Blogroll